seismik

[VIDEO] Gelagat Jawapan Teka-Teki Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur, Siap Tunjuk 'Demo'

Selain daripada mencuit hati, teka-teki ini boleh mengasah minda anda menjadi lebih tajam.

Cover image via Twitter

Meneka jawapan teka-teki boleh menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan ketika berkumpul dengan rakan dan keluarga

Image via GIPHY

Malah, teka-teki adalah sesuatu permainan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa dan tua.

Selain daripada mencuit hati, teka-teki juga boleh mengasah minda anda menjadi lebih tajam dan peka serta mencerdaskan otak.

Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar

Tetapi lain pula bagi seorang pengguna Twitter ini yang menggunakan filter dalam sebuah aplikasi kamera di Instagram, lelaki yang dikenali sebagai Bangman ini cuba menjawab beberapa teka-teki Melayu.

Nampak mudah tetapi sebenarnya tiada satu pun soalan teka-teki yang berjaya dijawab dengan betul oleh lelaki ini.

Begitupun, ramai yang terhibur dengan gelagatnya apabila gagal menjawab soalan dengan betul. Sehinggalah pada akhirnya dia berjaya menjawab satu soalan sambil menunjukkan aksi mengorek hidung sebagai demonstrasi jawapannya.

Image via GIPHY

Rata-rata netizen bengang dan pada masa sama terhibur dengan perbuatannya yang tidak senonoh itu

Hasil tinjauan di laman Twitter, ini beberapa reaksi yang ditinggalkan netizen:

Image via Twitter

Selekehnya siap tunjuk demonstrasi lagi.

Image via Twitter
Image via Twitter

Anda terhibur? Jom kita cuba sekali jawab soalan teka-teki ini, tapi jangan buat perkara tak senonoh pula ya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: