x

seismik

Gelagat Sekumpulan Pekerja McD Ini Sakan Menari Atas Bumbung Berjaya Dapat Tumpuan Ramai

Dengar cerita diaorang ada contest.

Cover image via @anishioo (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sudah biasa berurusan dengan pekerja di restoran makanan segera hanya di kaunter saja

Namun, pernahkah kita terfikir bahawa mereka juga memerlukan waktu untuk bergembira dalam kesibukan bekerja?

Contohnya seperti video tular ini yang memaparkan sekumpulan pekerja McDonald's menari di atas bumbung restoran menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@anishioo

Saya hanya customer ##fyp tak ni ? Cer teka ni kt mna ? ##foryoupage ##xyzbca

original sound - ℰℯᴿᴬᵂʳ

Menari beramai-ramai dan dirakam oleh pelanggan drive-thru

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anishioo, kelihatan dia yang sedang menunggu giliran di laluan drive-thru McD itu sempat merakam sekumpulan pekerja restoran itu menari di atas bumbung.

Mereka dilihat begitu bersungguh-sungguh menari dan melompat. Rupa-rupanya mereka memasuki pertandingan antara cawangan McD.

Dipercayai, lokasi McD tersebut adalah di cawangan Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Selain dapat menghilangkan stres bekerja, mereka juga harus dipuji kerana sporting mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 143.8K likes dan 4.4K shares di TikTok

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat geng pekerja McD itu yang beria-ria berlatih menari bersama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sempoilah akak dengan abang McD ni, semoga korang menang! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: