seismik

"Goodbye Korang" - Ucapan Terakhir Haziq Kepada Rakan-Rakan Sebelum Terbang Ke New Zealand

Allahu.

Cover image via Instagram @ziqninja

Apabila seorang rakan mengucapkan selamat tinggal, kita tidak akan tahu sama ada ucapan itu adalah yang terakhir darinya

Kita hanya boleh mendoakan yang terbaik sahaja buat rakan tersebut dan berharap semoga kita dapat bertemu semula dengannya pada masa akan datang.

Namun, perkara ini tidak terjadi kepada rakan-rakan Haziq Tarmizi apabila dirinya terkorban dalam insiden tembak di Christchurch, New Zealand yang berlaku pada Jumaat lalu, 15 Mac 2019.

Image via bharian.com.my

Haziq disahkan meninggal dunia setelah dilapor hilang selama 4 hari selepas insiden tersebut

Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, menerusi Instagram @ziqninja dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakanya sebelum berlepas ke New Zealand pada Disember 2017.

Allahyarham memuatkan caption 'Goodbye korg' beserta sekeping gambar bersama rakan-rakannya itu di sebuah restoran yang dipercayai diambil ketika jamuan perpisahan mereka.

Ruangan komen gambar tersebut dibanjiri dengan doa-doa dari rakan-rakannya termasuk orang ramai yang turut terkesan dengan pemergiannya

Pagi semalam, Wisma Putra mengesahkan bahawa Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban di New Zealand menerusi satu kenyataan rasmi

"Dengan dukacita dan dengan persetujuan dari pihak keluarga, Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa Muhammad Haziq bin Mohd Tarmizi, 17 adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam kejadian menembak tragis di Christchurch.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga dalam proses pengebumian jenazah Allahyarham. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga akan terbang ke Christchurch untuk mewakili kerajaan dalam memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas oleh kejadian tragis ini," kata Wisma Putra.

Wisma Putra juga memaklumkan bahawa keluarga Muhammad Haziq meminta ruang privasi untuk tidak dihubungi oleh media untuk sebarang komen atau temubual

Image via astroawani.com

Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Christchurch.

Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala Tarmizi pula parah ditembak.

Semoga tenang di sana Haziq. :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Insiden tembakan di New Zealand sememangnya amat menyedihkan:

You may be interested in: