seismik

"Teman Saya Yang Selama Ini Lalai, Mendadak 3 Waktu Hadir Di Saf Depan" - Iktibar Kes NZ

Ada hikmah di sebalik kejadian.

Cover image via Facebook

Kes tembak yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada Jumaat, 15 Mac 2019 yang lalu adalah antara yang paling dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia

Pengganas tembakan telah ditangkap polis NZ.

Image via rasset.ie

Insiden yang bermotifkan kebencian terhadap umat Islam itu telah menggegarkan dunia, lebih-lebih lagi kerana ianya berlaku di New Zealand, sebuah negara yang terkenal dengan suasana aman damai dan selamat untuk didiami.

Penduduk yang tidak bersalah menjadi sasaran tembakan pengganas sehingga mengorbankan kira-kira 50 nyawa yang kebanyakannya adalah umat Islam.

Walaupun Islam menjadi sasaran kebencian, insiden itu tidak sedikit pun menjejaskan semangat umat Islam untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa

Malah, orang ramai dari seluruh dunia dilihat memberi sokongan padu kepada umat Islam serta menawarkan pelbagai jenis bantuan dan memaparkan solidariti tanpa mengira usia dan latar belakang.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengenakan tudung sebagai tanda hormat.

Image via emaratalyoum.com

Soal kepercayaan agama juga ditolak jauh-jauh dan rakyat sedunia lebih memfokuskan kepada usaha humaniti bagi mewujudkan suasana hidup yang lebih harmoni dan sejahtera antara manusia sejagat.

Image via newsserve.net

Ternyata, terdapat 'cahaya di hujung terowong' dalam insiden tembak di New Zealand ini. Maka benarlah janji Allah yang mengatakan bahawa ada hikmah di sebalik kejadian.

Image via aa.com.tr

Seorang pengguna Facebook rakyat Indonesia, Yuhanis Azam telah berkongsi satu teladan yang baik untuk kita semua renungkan bersama. Perkongsian Yuhanis yang dimuat naik pada 16 Mac 2019 yang lalu telah pun mendapat 5,600 shares ketika artikel ini ditulis.

Menurut beliau, insiden tembak terbabit telah membuka satu sinar baru buat seorang rakannya yang kini sedang menetap di Australia. Rakannya itu yang selama ini hidupnya lalai dilihat begitu rajin untuk hadir ke masjid sejak akhir-akhir ini, malah turut mendadak menunaikan 3 waktu terakhir di saf paling hadapan.

"Rupanya Allah turunkan hidayah."

Baca perkongsian penuh di bawah:

Gambar sekadar hiasan

Image via Twitter @alexhart7

Sejak semalam (Jumaat), hampir semua masjid di negeri-negeri Barat jemaahnya bertambah hingga 3 kali ganda.

Sebahagian umat Islam disana yang sebelumnya tidak pernah atau jarang terlihat di masjid, sejak maghrib semalam hingga subuh ini berebut datang menghadap kepadaNya.

Mereka memenuhi rumah Allah bukan sekadar untuk menunjukkan solidariti. Lebih jauh lagi, mereka sedang mengadu kepada Allah tentang kezaliman demi kezaliman yang terjadi sejak hari-hari sebelum ini, dengan kemuncaknya semalam di New Zealand.

Sekali gus mereka berdoa, berharap perlindungan, serta pasrahkan segalanya, yang akan terjadi hari ini dan di masa depan, kepadaNya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Telegraph

Teman saya di Australia, yang selama ini hidupnya lalai, mendadak 3 waktu terakhir hadir di saf depan di masjid. Dia terlalu marah. Tapi dengan sebab kemarahan itu rupanya Allah turunkan hidayah.

Ibunya chatting dengan saya pagi tadi. Menangis-nangis bahagia anaknya solat maghrib, isyak dan subuh di masjid. Bahkan sejak semalam terus bermalam disana. Bertilawah dan banyak merenung. Padahal sebelum ini dia tidak kenal solat kecuali solat Jumaat dan Eid Fitri.

Si anak, dalam kemaksiatan hidup yang selama ini dijalani, ternyata masih menyimpan kecintaan pada Islam dan kaum muslimin. Makanya semalam itu tubuhnya bergetar hebat. Emosinya tidak terbendung, lalu memutuskan ke masjid, menjaganya hingga pagi bersama belasan Muslim lainnya.

Alasan kawan saya tadi sederhana saja:

"Serangan semlam kemungkinan besar akan menyebabkan bangkitnya ekstrimis-ekstrimis sayap kanan. Dan pasti rumah-rumah Allah yang akan menjadi sasaran. Jadi kita harus menjaganya hingga suasana reda.

"Tambahan pula saya ini pendosa. Sudah terlalu banyak dosa saya. Kalau misalnya masjid ini diserang, semoga saya ada ketika itu. Lalu saya menghentikan serangan tersebut atau gugur di tangannya sebagai syuhada.

"Mana saja yang menjadi takdir Allah, saya sudah siap sedia. Semoga dengan itu Allah mengampuni saya."

-Kiriman daripada seorang sahabat dari Indonesia yang berada di luar negara-

Yuhanis Azam

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca laporan penuh insiden tembak di New Zealand DI SINI:

You may be interested in: