Insiden Tembakan Christchurch: Seorang Rakyat Malaysia Selamat Dengan Berpura-Pura Mati

Walau bagaimanapun, seorang kanak-kanak yang turut berada di lokasi itu masih tidak dijumpai.

Seorang rakyat Malaysia, Rahimi Ahmad yang berada di lokasi insiden tembakan rawak di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat apabila berpura-pura mati

Rahimi Ahmad bersama keluarga.

Image via Astro Awani

Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.

Walau bagaimanapun rakan itu juga telah mengenal pasti beberapa mangsa lain yang merupakan rakyat Malaysia yang cedera ekoran insiden tersebut seperti Mohd Tarmizi Shuib, seorang pengendali simulator penerbangan yang ditembak di bahagian belakang, 

Mohd Tarmizi Shuib

Image via SAYS

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan bahawa Tarmizi kini sedang menerima rawatan di hospital

Dikatakan pada waktu kejadian, Tarmizi bersama isteri dan dua orang anaknya, Hariz dan Haziq berada di masjid untuk melaksanakan solat Jumaat.

Tarmizi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Image via NST

Rakan itu berkata pada masa ini dia dan kawan-kawannya sedang dalam misi untuk mencari salah seorang anak Tarmizi, Haziq yang masih hilang.

"Apabila kejadian itu berlaku, Mizi (Tarmizi) dan anak-anaknya, bersama Rahimi dan kawan saya Nazril, berada di masjid.

"Mizi berlari dengan Hariz, tetapi dia ditembak di belakang. Hariz selamat. Haziq pula ditinggalkan dengan Nazril dan Rahimi. Kami masih tidak yakin dengan status Haziq," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment