seismik

Bukan Saja Mural Popular, Kereta Pun Dicacatkan Dengan Grafiti #4.0. Kerja Siapa Ni?

Perbuatan tak bermoral ini telah 'mencacatkan' mural yang menjadi tumpuan pelancong di Pulau Pinang.

Cover image via terbakor.com

Penduduk Georgetown, Pulau Pinang semalam dikejutkan apabila mural yang menjadi kebanggaan mereka diconteng dengan grafiti #4.0

Lukisan mural dan arca imej dua kanak-kanak menaiki basikal yang terkenal di Pulau Pinang disembur cat kuning oleh pihak tidak bertanggungjawab.

mstar.com.my

Menurut penjaja di sekitar kawasan warisan tersebut, semburan #4.0 berwarna kuning itu dikesan sejak semalam dan dipercayai dilakukan pada awal pagi Rabu

Sumber juga memberitahu sebuah kedai runcit dan kereta yang terletak berhampiran dengan kawansan berkenaan turut dirosakkan

Contengan grafiti #4.0 ini dikatakan dibuat oleh pihak tertentu yang dikaitkan dengan demonstrasi Bersih 4.0

Menurut ADUN Komtar Teh Lai Heng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kejadian vandalisme di tapak warisan dunia UNESCO terbabit

ADUN Komtar Teh Lai Heng.

Image via www.pocketnews.com.my

"Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan. Saya harap pihak polis akan menyiasat," katanya.

themalaysianinsider.com

Teh berkata perlaku perbuatan tidak bermoral itu telah dapat dikesan melalui rakaman CCTV dan dipercayai melakukan perkara terbabit sekitar jam 3.15 pagi

"Pelaku datang daripada sebuah kereta dan menyembur cat pada dinding mural. Saya harap pemilik kedai runcit dan juga kereta yang dirosakkan juga akan membuat laporan polis," ujar Teh.

themalaysianinsider.com

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa laporan vandalisme itu telah difailkan oleh penolong jurutera Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Image via www.mstar.com.my

Beliau berkata perbuatan vandalisme merupakan kes kerosakan yang disengajakan akan disiasat dengan sewajarnya. Kesalahan itu membawa hukuman penjara 2 tahun maksimum atau denda atau kedua-duanya sekali.

themalaysianinsider.com

Mior berkata, pihak polis akan menggunakan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berkenaan untuk mengumpul bahan bukti dan menyiasat motif kejadian

Sementara itu sebuah video yang dipercayai rakaman CCTV kejadian terbabit mula menjadi viral di media sosial. Lihat di bawah:

Video cctv suspek sembur cat spray #bershit4.0 di sekitar Georgetown semalam. Wajah suspek telah dikenalpasti. Ada info plis roger Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) .

Posted by Penang Kini on Wednesday, 19 August 2015

Dan seperti biasa, para netizen dengan pantasnya mula membuat andaian sendiri dan menganggap kejadian ini dilakukan atas arahan pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mencetus provokasi

Setakat ini pihak mana yang bersalah masih belum dapat dipastikan. Diharap pihak polis dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, sebuah program dakwah dikecam penonton kerana tidak menjaga batas-batas bukan muhrim. BACA SINI:

You may be interested in: