GSC Tawar Tiket Beli 1 Percuma 1 Untuk Semua Movie Sehingga 31 Ogos Ini

Apa yang perlu anda buat hanya bayar guna SPayLater!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ada plan nak pergi dating tengok wayang atau nak layan movie terbaharu?

Sekaranglah masa yang sesuai untuk tempah tiket wayang sebab Golden Screen Cinemas (GSC) ada tawaran istimewa untuk kaki pawagam grab!

GSC kini sedang menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk tiket wayang dari 28 Julai hingga 31 Ogos ini apabila anda membayar menggunakan platfrom SPayLater melalui laman web atau aplikasi mudah alih GSC.

SAYS.com
Image via @GSCinemas (X)

Tawaran ini sah untuk tayangan filem Normal 2D dari Isnin hingga Ahad di hampir semua lokasi GSC seluruh negara

Walau bagaimanapun, ianya tidak sah untuk diguna pakai di Aurum Theatre, Aurum TRX dan Velvet 163.

Promosi ini terhad kepada 3,500 pengguna SPayLater pertama yang layak berdasarkan siapa cepat dia dapat, jadi adalah berbaloi untuk mendapatkan tiket anda lebih awal jika anda sudah mempunyai rancangan untuk menonton filem.

Tawaran Beli 1 Percuma 1 juga tidak boleh digabungkan dengan promosi, baucar, kupon atau diskaun kad loyalty dan privilege card yang masih aktif.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS