seismik

Guna 100% Botol Plastik Kitar Semula, Koleksi Terbaru 'Tudung People' Ini Curi Tumpuan

Edisi terhad berkenaan didatangkan dengan 10 corak pilihan.

Cover image via @tudungpeople (Instagram)

Jenama tudung terkenal Tudung People telah melancarkan koleksi tudung terbaru mereka yang bertemakan 'Limited Edition Ocean' yang diperbuat 100% daripada bahan buangan plastik

Koleksi itu adalah langkah pertama jenama tudung terkenal tersebut untuk memperkenalkan produk yang lebih mesra alam buat penggunanya.

Menerusi sumber, koleksi dari bahan buangan itu telah diilhamkan oleh pengasas dan pengarah kreatif jenama Tudung People sendiri iaitu Fazrena Aziz, yang sewaktu itu bercuti ke Pulau Redang.

“Saya enjoy melihat batu karang yang berwarna warni dan sekumpulan penyu berenang. Tapi di sebalik keindahan itu, saya lihat banyak sisa plastik di sekitar persisiran pantai dan ada juga yang terapung di air. Memang kecewa dan sedih.

"Bila saya pulang ke pejabat, saya terus berkongsi pengalaman bersama team dan berbincang idea untuk menyelamatkan alam sekitar"

"Langkah pertama adalah dengan meningkatkan tahap kesedaran pengguna dan dengan itu lahirlah idea untuk menggunakan tudung kami sebagai medium untuk menyampaikan pesanan tersebut," katanya.

Diperbuat daripada 100% botol plastik kitar semula

Koleksi 'Ocean Collection' itu didatangkan dengan 10 selendang bercetak yang diperbuat 100% botol plastik kitar semula dengan setiap daripadanya dapat menjimatkan 8 botol plastik dari berakhir di tapak pelupusan sampah atau laut.

Ia adalah edisi terhad yang menggabungkan kerjasama Tudung People dengan KLOTH Cares. Hasilnya, kain yang diperbuat daripada 100% bahan plastik itu menjadi cantik dan lembut.

Tentunya usaha mereka telah menunjukkan bahawa bahan kitar semula juga mampu memberikan sesuatu yang berkualiti dan berguna untuk fesyen dan gaya si pemakai.

Menggunakan bahan kitar semula untuk pembungkusan

Bagi aspek pembungkusan pula, Tudung People juga memilih kertas yang dibuat daripada bahan kitar semula sebagai menyokong usaha dalam kempen mereka tersebut. 

Ianya direka untuk tahan lama, kukuh, dan memastikan bahan yang berkualiti tinggi bagi jangka masa yang lama. Malah, ia boleh digunakan berulang kali dalam pelbagai cara.

Selain itu, pembungkusan tersebut bukanlah sekadar bekas yang diisi dengan selendang saja, tetapi ia juga dapat memberikan impak dan mesej kepada si pemakai tentang betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.

Sebagai tanda sokongan dalam menyayangi alam sekitar koleksi edisi terhad 'Ocean Collection' telah pun dilancarkan di semua butik Tudung People dan anda juga boleh membeli secara dalam talian.

Cool sangat tudung guna bahan kitar semula, lain daripada yang lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: