seismik

Siapkan Persalinan Dalam Masa 41 Jam, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Baju Dalam MV Tok Ti

Bukan calang-calang baju rekaan Kel Wen ni.

Cover image via Kel Wen (Instagram)

Video muzik Siapa Tak Mahu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah mencecah 2 juta tontonan di laman YouTube selepas beberapa hari dilancarkan

Ramai yang memuji video muzik tersebut bertaraf antarabangsa kerana tema dan jalan ceritanya yang menarik hati ramai penonton.

Video arahan Ghazi Maslan itu turut menampilkan bintang seperti Mira Filzah dan Hun Haqeem yang menjadi tarikan hingga jumlah tontonan juga tinggi.

Tidak hanya Tok Ti yang merasa teruja dengan pelancaran muzik video terbabit, malah netizen juga menunggu video muzik berkenaan di saluran YouTubenya dan rata-rata berpuas hati dengan video yang ditampilkan itu.

Penampilan Tok Ti curi perhatian

Lagu ciptaan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu menjadi video muzik pertama menggunakan banyak persalinan baju.

Apa yang lebih menarik, persalinan Tok Ti yang berwarna putih itu mendapat pemerhatian ramai bila meihatnya. Ianya direka khas oleh pereka muda Kel Wen yang kini semakin naik dalam industri fesyen di Malaysia.

Sebelum ini, Kel Wen adalah pereka dan pengarah kreatif di bawah label Behati antara insan kreatif di sebalik pembikinan video muzik penyanyi terkenal, Ernie Zakri.

Kini, nama Kel Wen sekali lagi disebut ramai apabila tampil dengan rekaan khas persalinan di dalam muzik video Siapa Tak Mahu.

Baju disiapkan dalam masa 41 jam

Pastinya peluang untuk membuat baju untuk ikon Malaysia adalah senarai impian dalam karier seninya.

Menerusi sumber, gaun putih yang diilhamkan 'Leg of Mutton' klasik dari era Victoria itu menampilkan lengan baju yang besar untuk membuatnya lebih dramatik dengan lipit.

"Saya tidak mahu ia kelihatan seperti kostum Victoria atau pakaian pengantin jadi saya menambah kolar dan butang yang terbuka di depan supaya kelihatan lebih moden”

“Yang sukar dipercayai ialah kami membuat pakaian ini dalam 41 jam," katanya.

Tambahnya, dia bersama team berkerja keras untuk menyiapkan persalinan berwarna putih khas untuk dipakai oleh Tok Ti sebelum dipersetujui oleh semua.

Walaupun pada masa itu dia kesuntukan masa, hasilnya memang begitu wow sekali. 

“Cabaran terbesar adalah warna putih, kerana biasanya putih kan nampak besar, Tok Ti pun sangat risau, selalu orang menganggap hitam je yang selamat, tetapi bergantung pada reka bentuk dan fabriknya. Saya menggunakan taffeta sutera berkilat putih untuk gaun baju ini," katanya.

Korang dah tengok belum muzik video ni? Kalau belum, wajib tengok sekarang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: