Guna Tagline Tak Senonoh, Sampul Raya Syarikat Ini Undang Kecaman & Teguran Ramai
Macam tak sesuai.
Menjelang hari raya Aidilfitri, tentunya ramai rasa teruja dan seronok ingin menyambutnya
Tambahan lagi, untuk kanak-kanak, mereka lagi rasa gembira kerana selain boleh berjumpa dengan saudara-mara, mereka juga dapat menerima duit raya.
Baru-baru ini, tular sebuah gambar di Facebook yang memaparkan sampul raya yang mempunyai tagline tidak senonoh telah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Cetak tagline #noromen-romen pada sampul raya
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu menyuarakan pendapatnya tentang sampul raya sebuah syarikat.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pihak syarikat tidak mengenal pasti audience semasa mencetak sampul raya. Kebiasaannya, sampul raya akan diberikan kepada anak-anak, namun tagline #noromen-romen itu dilihat tidak sesuai.
"Dah kata hotel patuh syariah, tulislah kata-kata yang mulia yang elok" - Netizen
Susulan tularnya posting berkenaan sehingga meraih 824 tanda suka, 207 komen dan 300 kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing.
Namun, ada juga yang memberi pandangan bahawa romen itu bermaksud romance dalam bahasa Inggeris yang menasihatkan orang ramai supaya jangan bercinta.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!