seismik

[VIDEO] Gadis Kejung Dalam Kereta Gara-Gara Lipas Tawaf Dari Satu Kepala Sampai Badan

Weh kenapa dia boleh tenang lagi?

Cover image via @cahvya (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Siapa saja yang takut akan lipas, kadangkala ia memang menggelikan

Tambahan lagi kalau yang jenis terbang, memang boleh kecoh satu rumah nak tangkap. Takutnya lipas itu memang attack dari jauh. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis kejung dalam kereta apabila mendapati seekor lipas besar di atas kepalanya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Lipas tawaf dari kepala sampai badan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah lokasi. 

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila seekor lipas besar didapati berkeliaran di atas kepala gadis yang bertudung warna coklat itu. Dia kelihatan takut dan kejung sehingga menutup mukanya. 

Rakan yang lain pula sibuk merakam dan tidak berani untuk menangkap lipas sebesar itu. Suasana dalam kereta menjadi sangat kecoh. 

"Macam mana dia boleh bertahan ea, kalau aku tu dah macam kena sampuk" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 89K tontonan, 5K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau admin mungkin dah menggelupur!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: