seismik

[VIDEO] Lelaki Drive Balik Pukul 2 Pagi, Tak Sangka Nampak 'Lembaga Putih' Tepi Jalan

Itu macam orang pakai telekung je?

Cover image via @fikriharison (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, ada sesetengah orang saja yang hijab matanya terbuka

Mereka yang terbuka hijab matanya boleh melihat makhluk ghaib. Kepada yang tidak terbuka hijab matanya, sudah tentu akan rasa cuak dan takut kalau lihat makhluk ghaib. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan rakaman dashcam seorang lelaki yang menunjukkan lembaga putih di tepi jalan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ingatkan orang balik daripada tarawih, tapi pukul 2 pagi

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang memandu kereta di kawasan traffic light Greenwood menghala ke lebuhraya DUKE Kuala Lumpur. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terlihat lembaga putih di tepi jalan. Semasa dia menyemak dashcam untuk kepastian, lembaga itu wujud. 

Namun, yang peliknya bayangan itu kelihatan seperti seorang wanita yang bertelekung. Dengan husnuzon, dia beranggapan bahawa wanita itu balik dari tarawih tetapi jam menunjukkan pukul 2 pagi ketika itu. 

"Mungkin baru balik dari tarawih menghala ke perhentian teksi lagi pun bulan puasa syaitan iblis semua kena ikat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M views, 1K retweets, 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hm, fikir jap agak-agak apa tu? :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: