seismik

Viral Kulit Telur Boleh Dijual Harga Tinggi, Rupa-Rupanya Ada Plot Twist Penipuan

Betul ke boleh jual semula?

Cover image via @khairul85728857 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, baja organik sangat bagus untuk menyuburkan tanaman

Salah satu contohnya ialah kulit telur. Kulit telur bebas daripada kimia dan kaya dengan kalsium ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan tanaman.

Kajian menunjukkan kalsium daripada kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman. Memang sudah lama orang ramai mempunyai tabiat membaja tanaman menggunakan kulit telur. 

Namun, baru-baru ini viral pula di Twitter yang mengatakan kulit telur boleh dijual pada harga yang tinggi ini telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Menasihati orang ramai simpan kulit telur untuk dijual

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu memuat naik sebuah ciapan berkenaan kulit telur melalui akaun Twitternya. 

Dia menyarankan supaya orang ramai mengasingkan dan menyimpan kulit telur kerana mempunyai banyak manfaat. Tambahan lagi, dia juga mengatakan bakal banyak permintaan daripada syarikat besar. Sebab itu, harga kulit telur boleh dijual dengan harga tinggi. 

Namun, plot twist pula apabila individu tersebut menutup ruangan komen. Ramai yang tertipu dengan kenyataan tersebut. Sebalik itu, tiada servis beli kulit telur di luar sana. 

"Hahahah nasib baik i tengok quote baru nak konon buat side income" - Netizen

Susulan tularnya ciapan itu yang kini meraih sehingga 1.7M views, 4K retweets, 9K likes di Twitter, rata-rata netizen mempercayai kebaikan kulit telur namun ramai yang menyangkal boleh dijual dengan harga yang tinggi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mungkin ada seller yang tak beli kot.

Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: