seismik

[VIDEO] Ayah Naik Pening Tengok Anak 'Bertukang' Dekat Dapur Siap Ada Yang Pakai Helmet

Nak marah tapi kena sabar.

Cover image via @syl_daniel (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak sudah semestinya akan membuatkan suasana menjadi lebih riuh dan kecoh

Iyalah, lagi-lagi kalau mereka tengah berada dalam fasa ingin mencuba semua benda. Nakal itu pasti ada, cuma sebagai ibu bapa kadangkala perlu menasihati mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah naik pening lihat dua anaknya yang berada di dapur telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dua adik beradik kantoi 'bertukang' dekat dapur

Menerusi video berkenaan, kelihatan ayah sedang merakam gelagat dua anaknya yang syok bermain dan meneroka di bahagian dapur. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang anaknya dilihat memanjat kabinet dapur sambil memijak laptop ayahnya untuk mengambil minyak telon. Lebih tidak sangka lagi, adiknya pula memakai helmet dan membuka peti ais. 

Situasi itu membuatkan ayahnya naik pening dan tak tahu nak buat apa dengan mereka. 

*"Rumah kena rompak ke bang?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 123K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Hm, dik kau dah kenapa dik? :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: