seismik

Selamba Rakam Suasana Masa Turun Escalator, Uncle Cina Pasrah Tayang Muka Ini Bikin Dekah

Muka yang tukang rakam pun macam tu je ya.

Cover image via @_safw4nn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, ramai yang mempunyai tabiat suka merakam di tempat-tempat tertentu untuk dijadikan sebagai kenangan

Namun begitu, ada juga yang selamba tak tahu malu merakam content yang melucukan di tempat awam dengan orang yang tidak dikenali. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pemuda selamba rakam suasana di shopping mall telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba rakam orang belakang sampai uncle Cina pun tak tahu macam mana nak elak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang berada di escalator untuk turun ke tingkat bawah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemuda itu selamba rakam orang belakangnya sehinggakan uncle Cina dan keluarganya dilihat mengelak. Namun begitu, uncle itu dilihat pasrah kerana tak tahu macam mana nak elak daripada kamera itu. 

"Kesian member tak tahu nak buat apa dah"- Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 113K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai kelakarlah, kesian uncle tu jadi mangsa! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: