seismik

[VIDEO] Norreen Lakonkan Situasi Solat Tarawih Dengan Member Ini Buat Ramai Boleh Relate

Kalau dah terpijak telekung tu memang bahaya.

Cover image via @norreen143_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada bulan Ramadan, ramai yang ingin mengejar pahala dengan mengerjakan ibadah sunat

Kebiasaannya, selesai saja solat Isyak ramai yang akan membanjiri masjid untuk menunaikan solat tarawih. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan situasi wanita solat tarawih dengan member telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@norreen143_

BILA TARAWIH DENGAN MEMBER BE LIKE @Aya Amiruddin :- P/S : video ini hanya lakonan semata-mata berdasarkan pengalaman zaman persekolahan dulu. Tidak berkait dengan sesiapa yg hidup atau si mati. #norreenbuathal

original sound - NORR33N - NORR33N

Terpijak kain telekung sampai tak khusyuk solat

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang wanita sedang melakonkan aksi dan situasi yang sering terjadi semasa solat tarawih. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila Norreen dan rakannya itu terpijak kain telekung masing-masing masa bangun daripada sujud. Bukan setakat itu, kadang ada juga yang terduduk kain member sebelah semasa tahiyat akhir. 

"Aku dah cuba tahan gelak tapi tak boleh, memang biasa kena macam ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 292K tontonan, 36K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau kain dah terpijak tu, memang auto tak fokus masa solat! P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: