seismik

Isteri Kena Marah Dengan Mak Mentua Sebab Suruh Suami Basuh Pinggan Ini Buat Ramai Berang

Sepatutnya kan buat sama-sama.

Cover image via @mursyidasri (Twitter) & @AbudiAlsagoff (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, kerja-kerja di rumah semestinya dilakukan secara bersama antara suami dan isteri

Suami dan isteri perlu mempunyai sifat kerjasama dalam hal ehwal rumah tangga. Contohnya kalau si isteri dah masak, mungkin tugas suami pula membasuh pinggan atau membuang sampah. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang wanita mengadu mak mentuanya marah gara-gara dia menyuruh suami mencuci pinggan telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah:

Mak mentua tegur kenapa tak layan suami elok-elok

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita telah meluahkan perasaannya melalui ciapan di Twitter. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mak mentua memarahinya kerana dia meminta tolong suami untuk mencuci pinggan selepas makan. 

Mak mentuanya siap menegur supaya dia melayan suami dengan baik. Wanita itu dilihat tidak puas hati dan sangat berang dengan teguran mak mentuanya. 

"Mati agaknya anak dia tu kalau basuh pinggan" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 724.3K views, 5K retweets, 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dalam rumah tangga kenalah saling tolong-menolong dan bertolak ansur, barulah harmoni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: