seismik

Wanita Beli Roti John Di Bazar, Sekali Percuma 'Kasut Barbie' Dalamnya Buat Ramai Terkejut

Hm, mainan anak siapa lah ni.

Cover image via @cheqsuenani (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada bulan puasa ini, ramai yang gemar pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka

Iyalah, banyak makanan yang dijual di sana sehinggakan ramai yang rambang mata semasa membeli makanan. Namun, banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita membeli roti john namun dalamnya ada barang percuma telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@cheqsuenani

Bila Tgk Ramai Yg Berkongsi Kisah Bazaar Ramadhan, C.su Pun Nak Berkongsi Jugak Lah Pakej Apa Yg C.su Dapat Bila Makan Roti John Khamis 30 Mac Hari Tu... #SekadarBerkongsi #TakSalahkanSesiapaPun #KenanganBazaarRamadhan2023

Ngakak - Mas Gombal

Tengah makan roti john, sekali terjumpa kasut Barbie

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita baru saja balik daripada bazar Ramadan. Dia juga membeli makanan di situ.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sedang asyik dia makan roti john itu, dia terjumpa kasut mainan Barbie kecil berwarna putih. Mujurnya, dia tidak tertelan mainan itu. 

"Simpan kak, mana tahu pukul 12am ada kereta labu park depan rumah akak cari Cinderella" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 587K tontonan, 17K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baiklah tak tertelan benda kecil tu. Aduhai!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: