Anak Janji Nak Datang Buka Puasa Bersama, Ibu Putus Nyawa Dalam Tidur Tanpa Makan
Kesudahannya, anak-anak mungkir janji tak datang pun.
Ibu bapa merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk anak-anak
Sebagai anak, kita perlu membalas jasa dan pengorbanan mereka walaupun semuanya itu tidak terkira dan tidak terbalas. Yang paling penting, kita perlu sentiasa hormat dan jaga perasaan mereka. Jangan sesekali derhaka.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang ibu putus nyawa dalam tidur telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Dah bersiap seawal 5 pagi sebab anak janji nak datang buka puasa sama-sama
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita berkongsi kisah ceramah seorang ustaz di rumah orang tua melalui Facebooknya.
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila salah seorang ibu di rumah orang tua dilihat sangat teruja dan gembira apabila anak-anaknya janji untuk datang dan berbuka bersama-sama.
Difahamkan, si ibu telah bersiap seawal 5 pagi walaupun anaknya janji datang pada pukul 5 petang.
Lebih menyayat hati adalah apabila anak-anaknya mungkir janji dan tidak datang pun pada hari itu. Dengan rasa sedih, dia masuk ke bilik tidur tanpa makan sebutir nasi. Pada keesokan harinya, dia telah meninggal dunia.
Lihat video penuh di sini:
"Satu hari anak tu akan insaf, tapi hidupnya tak akan tenang bila teringat hal ini" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 3K tanda suka, 543 komen dan 3K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut bersimpati.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!