seismik

"Tahun Ni Kena Beli Tongkat" - Ramai Tergoda Lihat Lelaki Thai Segak Berbaju Melayu

Tongkat tu dah macam accessories.

Cover image via @The_Mamu (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelbagai jenis baju raya tahun ini dapat kita lihat dijual di pasaran

Bukan setakat untuk kaum wanita, malah kaum lelaki juga mempunyai banyak pilihan baju melayu dan samping. Pilih saja nak warna apa, bolehlah sedondon dengan keluarga. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki segak memakai baju Melayu siap bersamping di Thailand telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lelaki segak bergaya membanjiri stesen kereta api di Thailand

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki memakai baju Melayu yang sedondon warnanya. Samping saja yang membezakan mereka semua. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka semua kelihatan sangat tampan dan segak berjalan sambil berpegang dengan tongkat. 

Ramai pula yang berseloroh di ruangan komen adakah mereka patut membeli tongkat sebagai hiasan untuk raya tahun ini. 

"Style jugak baju Melayu dengan tongkat ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M views, 1K retweets, 789 quote tweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Habislah, lepas ni memang ramai beli tongkat! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: