Lelaki Beli Nasi Ayam Di Bazar, Tapi Ramai Pula Yang Loya Tekak Tengok Sup Kaki Ayamnya
Terus tak jadi makan.
Dalam bulan puasa ini, tak nafikan ramai yang suka ke bazar untuk beli juadah berbuka
Iyalah senang, mudah dan banyak makanan yang dijual. Namun, kita perlu berhati-hati apabila membeli makanan demi menjaga kesihatan dan kebersihan.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter apabila seorang lelaki membeli nasi ayam namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Beli sup tapi kaki ayam tak bersih ini buat loya tekak
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang lelaki membeli dua bungkus nasi ayam di sebuah bazar Ramadan.
Dia juga meminta peniaga itu sup, lebih baik sup yang ada kaki ayam. Namun, sebaik saja dia melihat bungkusan sup ayam itu di rumah, ternyata ada jari kaki ayam yang tidak dibuang semasa membersihkan ayam.
Perkara itu membuatkan pembeli rasa loya tekak dan geli nak makan.
"Kot ya pun nak sedekah, cabutlah kukunya dulu. Tak pun ketip." - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 714K views, 1K retweets, 562 quote tweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut loya tekak melihat sup kaki ayam itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!