"Boleh Bawa Gaduh" - Ini Kompilasi Menu Berbuka Paling Menyedihkan Di Bazar Ramadan
Helaian safron pun ada ya kawan-kawan.
Ramai yang suka membeli makanan di bazar terutamanya semasa bulan Ramadan
Iyalah, banyak pilihan makanan yang sedap-sedap dijual. Kadangkala, ada menu-menu atau kuih yang dijual semasa bulan puasa di bazar Ramadan saja. Namun, sudah biasa kita dengar ada saja kuih atau makanan yang tak setimpal dengan harga yang dijual bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kompilasi gambar menu di bazar Ramadan yang mengecewakan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Harga makanan tak berbaloi, ada pula bahan yang terkurang
Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa keping gambar menu di bazar Ramadan dimuat naik ke akaun TikToknya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila makanan semua dilihat menghampakan ramai. Ada martabak yang hangit, daging tak masak, roti john hangus, kuih pelita tak cukup bahan, murtabak yang ada helaian rambut, teh o ais udang dan banyak lagi.
"Paling sedap teh o ais, beli air free udang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 124K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!