seismik

Prank Jadi Rider, Lelaki Surprise Mak Ayah Balik Dari New Zealand Ini Buat Ramai Terharu

Sebak pula tengok.

Cover image via @kinnnn_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Anak-anak yang duduk berjauhan dengan ibu bapa sudah pasti merasa kesunyian

Tambahan lagi, kalau terpaksa tinggal di luar negara kerana sambung belajar. Setahun sekali saja boleh balik kampung dan merasa masakan ibu dan berkumpul dengan keluarga. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki prank mak ayahnya jadi rider telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@kinnnn_

Adik dari New Zealand balik senyap2 nak surprise ma abah sempena puasa. Alhamdulillah raya ni complete dah keluarga AA & Ba. #fyp #ramadhan2023 #fyp

Rahmatun Lil'Alameen - Maher Zain

Balik senyap-senyap dari New Zealand, mak ayah nangis terkejut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita menyambut lelaki rider yang berhelmet. Lelaki itu dilihat menghantar makanan ke rumah mereka. 

Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu masih berhelmet walaupun telah diajak masuk ke rumah. Dia siap mengambil gambar pelanggannya itu. 

Sebaik saja dia menanggalkan helmet, ibu dan ayahnya terkejut kerana tidak sangka yang anaknya telah pulang senyap-senyap dari New Zealand. Ibu dan ayahnya terharu sehingga menangis. 

"Kak, saya ni tengah makan laici, elok-elok makan macam biasa, laici masin sikit rasa air mata" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 221K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu melihat gelagat keluarga itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sebak pula tengok mak ayah menangis macam tu, ikut mengalir air mata :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: