seismik

[VIDEO] Netizen 'Tak Kuat' Tengok Nurse Peluk & Cium Pesakit Ini Untuk Kali Terakhir

Macam mana diorang kuatkan hati, min nak nangis.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang terbesar pada manusia

Kita tak tahu sama ada umur kita panjang atau tidak. Ketentuan hidup manusia telah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan para jururawat mengucapkan selamat tinggal kepada pesakit untuk kali terakhir yang tidak dapat diselamatkan telah menyayat hati ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pesakit hidap penyakit kronik dan tak dapat diselamatkan, semua nurse peluk cium dia untuk kali terakhir

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pesakit dan beberapa nurse sedang berada di sebuah bilik di Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur. 

Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila mereka mendapat tahu bahawa pesakit yang dikenali sebagai adik Zarif itu tidak dapat diselamatkan. Semua nurse yang pernah menjaga adik Zarif turut sebak dan sedih. 

Mereka dilihat memeluk dan mencium adik Zarif sekuat hati sambil menangis. Pemilik video yang dipercayai penjaganya membawa adik Zarif pulang ke rumah selepas itu. Adik Zarif sempat bertahan selama 9 hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. 

"It's not easy for our unsung hero to bid goodbye, thank you dear nurses", tulisnya. 

"Kita semua menangis sekarang tapi adik Zarif tgh berlari-lari dekat taman syurga" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 504.8K views, 5K retweets, 1K quote tweets dan 9K likes di Twitter, rata-rata netizen turut sedih melihat situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sebaknya ya Allah, syurga buat mu adik Zarif!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: