Tak Ada Yang Jamah Makanan Ibu Masa Jamuan, Kisah Cikgu Beli Jiwa Murid Buat Ramai Sebak
"Tak ada yang nak makan sebab saya miskin," katanya.
Kebiasaannya, setiap sekolah sudah pasti akan mengadakan jamuan kelas
Bila adanya jamuan kelas, sudah pasti konsepnya potluck bukan? Setiap murid dikehendaki membawa makanan daripada rumah untuk dihidangkan semasa jamuan kelas.
Baru-baru ini, tular sebuah posting berkaitan seorang guru berkongsi kisah anak muridnya semasa jamuan kelas telah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Anak murid sedih dan sebak sebab tak ada yang nak jamah makanan yang disediakan ibunya
Menerusi perkongsian berkenaan, kelihatan seorang guru berkongsi pengalamannya semasa jamuan kelas di sebuah sekolah yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih membuatkan ramai sebak adalah apabila salah seorang murid yang dikenali Adam (bukan nama sebenar) datang membawa sebekas makanan ke kelas. Apabila disuruh letak bekas makanan ke depan sebab ada ruang lagi, Adam enggan lalu letakkan makanan di hujung meja.
Sedang asyik semua menjamu selera, seorang budak perempuan memberitahu cikgunya bahawa tiada seorang murid yang mahu makan makanan Adam. Ada yang cakap, baju Adam kotor, muka tak mandi dan makanannya tak sedap.
Ejekan itu membuatkan si Adam tutup mata dan menangis. Si cikgu pun cepat-cepat memujuk anak muridnya Adam dengan mengambil bekas makanan itu. Apabila cikgunya buka, cikgu turut sebak kerana makanan di dalam dipenuhi biskut kering yang telah dipatah-patahkan.
Untuk membeli jiwa anak muridnya itu, cikgu terus makan makanannya sambil meyakinkan Adam yang makanan dibawanya sedap dan cikgu sangat hargai.
"Terima kasih cikgu sebab buat saya nangis. Tak selamanya miskin tau adik, kaya tak selamanya kaya. Semoga adik adam berjaya pada masa hadapan" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 768K views, 5K retweets, 1K quote tweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut sebak dan sedih.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!