seismik

[VIDEO] Mood Swing Masa Hamil, Wanita Ini Luah Rasa Sedih Gaduh Dengan Suami Sebab Telur

Mummy preggy memang lain macam sikit mood dia.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang ramai tahu, wanita memang senang beremosi tambahan lagi bagi wanita hamil

Hormon mereka memang akan berubah dan menjadi lebih sensitif terhadap semua perkara walaupun masalah itu tidak sebesar mana. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita bergaduh dengan suami hanya kerana telur telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami lupa beli telur, isteri emosi sampai menangis

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan perasaannya di salah satu akaun Twitter. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menceritakan kisah suaminya lupa beli telur yang dipesan. Disebabkan itu, wanita itu sangat marah kepada suaminya kerana telur merupakan lauk penting kalau dia kebulur di rumah. 

Rasa marah itu menjadi sedih dan terharu apabila suaminya balik pada waktu makan tengah hari dengan membelikan kuetiau goreng kepadanya. Bukan setakat itu, suaminya juga pulang dengan sebekas telur. 

Wanita itu sedih dan pelik kenapa dia menangis sampai beremosi. Difahamkan, dia sedang hamil. Lebih buat wanita itu tersentuh lagi adalah apabila suaminya itu meminjam motor kawannya semata-mata untuk pulang ke rumah hantar makanan dan telur. 

"Kesianya tengok dia, husband yang baik dia faham wife dia tengah mood swing during her pregnancy. Semoga akak ni kuat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M views, 3K retweets, 2K quote tweets dan 9K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memahami keadaan wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Perempuan memang macam ni, kaum lelaki yang faham tu terima kasih sangat sangat ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: