seismik

Murid Maut Digilis Treler, Isteri Pemandu Marah Sebab Suami Dibantai Teruk

Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis sehingga kini.

Cover image via Harian Metro & Kisah Dunia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan sebuah tragedi yang berlaku kepada seorang murid tahun 3

Murid tersebut maut digilis treler ketika dalam perjalanan pulang daripada sekolah di Kampung Telok Gong. 

Menurut sumber, Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa membonceng motosikal yang ditunggang oleh pengasuhnya. Difahamkan, adik lelakinya juga ikut membonceng motosikal itu tanpa memakai topi keledar. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@mayonggamers

al fateha... salam takziah.. mne² yg KECAM meMAKI HAMUN driver lori tu tanpa bukti..mcmne nak mtk maaf nanti?maaf la yea..vdeo ni skdr bg pencerahan punca kemalangan..usah kita buat ANDAIAN atau SPEKULASI sendiri tanpa usul periksa terlebih dahulu...BIARKAN PIHAK BERKUASA JALANKAN TUGAS MEREKA UNTUK SIASATAN...SEDEKAH AL FATEHA BUAT MANGSA DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA..

original sound - mayong - mayong

Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di ambang Ramadan yang mana baju raya sedondon untuk keluarga itu baru saja siap

Difahamkan, pengasuh arwah juga merupakan jirannya. Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah motosikal tidak terkawal disebabkan jalan yang berpasir sehinggakan mereka bertiga tersungkur di jalan raya.

Walaubagaimanapun, sebuah treler dilihat memandu ke arah perjalanan Telok Gong dan tidak sempat mengelak. Akibat itu, ramai sangkakan pemandu itu punca dan dia dipukul oleh orang awam.

Menurut sumber, bapa allahyarhamah, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin ketika ditemui semalam meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menatap wajah anak sulungnya itu buat kali terakhir.

Image via Utusan Malaysia

Sementara itu, isteri kepada pemandu treler dilihat berang kerana suaminya dipukul teruk

Ramai orang awam yang bertindak memukul pemandu treler itu kerana percaya punca kemalangan berlaku disebabkan kecuaiannya.

Namun, wanita yang dikenali sebagai Ezza dipercayai merupakan isteri pemandu treler menasihati ramai orang supaya tidak menyerang pemandu itu secara melulu. 

@_kakngahezza_

Jgn hukum org lain atas kecuaian sendiri... semoga dipermudahkan urusan suamiku n keluarga arwah..#hidupmatihanyaallahygtahu #jgnkecamorg #jgnhukumorgsesukahati

Kemarin_Seventeen - GP Records

Difahamkan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis sehingga kini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: