seismik

Jumpa Bangkai Kucing, Daging Dikisar & Dilumat Di Rumah Sewa Ini Buat Ramai Terkejut

Penyewa berkenaan akhirnya ditangkap dan ditahan.

Cover image via Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah insiden yang menggemparkan ramai

Terdapat bangkai kucing dengan rangka, organ dan anggota badan ditemui di dalam sebuah rumah di kondominum Bayu Tasik Kondominium Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur.

Bukan setakat itu, bangkai kucing dipercayai dikerat-kerat dan dagingnya dikisar dan dilumat. Penemuan itu telah mengejutkan jiran-jiran di situ dengan keadaan bau busuk dari rumah yang dihuni seorang lelaki berusia 31 tahun warganegara Malaysia.

Hasil pemantauan oleh pihak berkuasa mendapati tragedi tragis itu memperlihatkan banyak bangkai haiwan telah reput memenuhi bilik.

Lihat gambar di bawah:

Individu yang merupakan penyewa rumah itu telah ditahan

Menurut sumber, siasatan lanjut berhubung kes bangkai kucing ini sedang dijalankan. Lelaki tempatan yang berusia 30 tahun itu merupakan peminat kucing. Penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan itu dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri sangat mengejutkan ramai.

"Mental betul manusia yang buat perbuatan terkutuk ni" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.6K tanda suka, 974 komen dan 1.2K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan terkutuk itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Semoga pelaku mendapat balasan yang setimpal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: