[VIDEO] Adik 'Buang' Ayah Tak Boleh Jalan Dekat Security Guard Ini Buat Ramai Sebak
Tergamaknya.
Ibu dan ayah merupakan orang yang banyak berkorban dalam hidup kita
Sudah pasti, satu hari nanti kita sebagai anak ingin membalas semua jasa mereka. Memang tidak terkata dan tidak terkira pengorbanan mereka. Oleh itu, kita ingin menjaga mereka dengan sebaik mungkin.
Namun, baru-baru tular kisah adik beradik tinggal ayah keseorangan di bawah rumah kediaman telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah dekat bawah hampir sejam, tak ada adik beradik bagitahu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang anak perempuan sedang bergegas ke bawah rumahnya.
Apa yang lebih megejutkan adalah apabila dia mendapati ayahnya ditinggal bersendirian bersama security guard selama satu jam. Dipercayai, dia merupakan anak perempuan daripada tiga adik beradik lelaki.
"Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk pintu rumah aku, bagitahu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam. 2 lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan dia turun ambil."
"Tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati iman korang? Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit, strok tak boleh jalan, pakai pampers, kau buang ayah kau macam ni je? Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang", tulisnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Bila orang tua sakit, ada dua, lubuk pahala dan lubuk dosa untuk anak-anak. Grab peluang ini, semoga Allah limpahkan rezeki" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 78K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan situasi mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!