seismik

Lelaki Komen Suami Jaga Anak Dipuji Lebih Berbanding Isteri Ini Buat Ramai Boleh Relate

"Rasa terhina ya, padahal jaga anak sendiri," katanya.

Cover image via @raraatan (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, baik suami mahupun isteri sememangnya mempunyai tanggungjawab bersama untuk menjaga anak

Namun, sudah menjadi kebiasaan untuk masyarakat memandang figura seorang ayah adalah untuk mencari nafkah kepada keluarga walhal ibu pula menjaga anak-anak. Walaubagaimanapun, tanggungjawab menjaga anak itu adalah tanggungjawab bersama tidak kira ibu atau ayah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki komen tentang isu apabila ayah menjaga anak akan dipuji lebih telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kalau ayah yang jaga anak je mesti kena puji 'rajinnya'

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menyuarakan pendapatnya tentang tanggungjawab suami dan isteri menjaga anak. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati dan terhina apabila masyarakat sering memandang ayah yang menjaga anak itu terlebih rajin sedangkan itu merupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah. 

"Kalau jaga anak sendiri itu biasa, bukan rajin namanya," katanya. 

"Tu belum suap anak makan, bila bapak yang suap anak makan, pergh kena puji terpaling bagus lah bagi anak makan. Padahal haritu je dia buat, hari lain bini dia yang buat. Biarlah dia nak suap anak, daripada duduk saja. Baik tolong suapkan anak makan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M views, 9K retweets, 1K quote tweets dan 11K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kesudahannya itu memang tanggungjawab seorang ayah, jadi tak perlu puji lebih-lebih ya! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: