seismik

"Cedok-Cedok Ada Ikan" - Peniaga Bazar Jual Air Dalam Bekas Akuarium Ini Curi Tumpuan

Lain daripada yang lain.

Cover image via @halalfoodiemy (Instgram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tibanya bulan puasa, ramai yang suka pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa

Pelbagai makanan dan minuman yang dijual sehinggakan ramai yang terpaksa menahan nafsu untuk membeli kerana rambang mata. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang di Twitter yang memaparkan bekas air unik yang digunakan oleh peniaga telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jual minuman dalam bekas akuarium ikan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang peniaga bazar yang menjual minuman menggunakan bekas unik yang lain daripada peniaga lain. 

Bazar berkenaan terletak di Arau, Perlis. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila peniaga itu menggunakan bekas akuarium ikan untuk mengisi air yang dijual. Antara air yang dijual termasuk jus buah naga.

Ramai yang dilihat tidak setuju kerana gelas kaca itu tidak selamat digunakan untuk peniaga mengisi makanan atau minuman. 

"Cedok-cedok sekali ikan guppy, gurau Ramadan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 210K views, 721 retweets, 2K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kena kacau slow-slow lah ni, kalau tak takut pecah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: