seismik

Dekorasi Raya Pusat Beli-Belah Berkonsepkan Masjid Ini Buat Ramai Teruja. Lain Macam!

Biasa orang buat rumah kampung je.

Cover image via @vince_zack (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tibanya bulan Ramadan membuatkan banyak pusat beli-belah bersaing dengan yang lain untuk mempamerkan dekorasi raya masing-masing

Banyak kita lihat konsep dekorasi raya yang berbeza di pusat beli-belah. Kebiasaannya, kita sering lihat mall buat dekorasi rumah kampung. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang menunjukkan dekorasi raya di pusat beli-belah negara seberang telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Dekorasi raya berkonsepkan masjid

Menerusi posting berkenaan, kelihatan beberapa keping gambar berkenaan deko raya di shopping mall dimuat naik.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila konsep yang mereka tonjolkan adalah lain daripada yang lain. Dekorasi raya yang berkonsepkan masjid itu sangat menakjubkan ramai.

Difahamkan, pusat beli-belah itu berada di Senayan City, Jakarta.

"Nice, Malaysia tak habis-habis dengan kampung. Next Malaysia pula buat macam ni" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 327K views, 1K retweets, 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut teruja melihat dekorasi raya itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Cantiknya, macam dekat masjid betul! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: