Suruh Driver Alih Kereta Sebab Terhalang, Tak Sangka Pula Wanita Ini Kena Gangguan Seksual
Bahaya betul.
Sifat tolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain sudah pasti perlu diterapkan dalam diri masing-masing
Namun, baru-baru ini tular sebuah video insiden yang terjadi di depan kedai runcit yang melibatkan seorang wanita dan lelaki telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suruh alih kereta sebab nak reverse, tiba-tiba mengamuk pula
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita baru saja selesai membeli barang di kedai runcit. Sebaik saja dia mahu mengundurkan keretanya, sebuah kereta Kelisa menghalangnya.
Dengan baik hati dia telah meminta driver mengundur, namun driver tersebut dilihat marah dan mengamuk. Dia siap memanggil wanita itu bitch dan menggangu secara seksual membuatkan wanita ini panik, cemas dan trauma.
"She taking a photolah, she's a bitch, motherfucker, she's a bitchlah. She wants me to fuck her tonight," kata driver itu sambil menelefon kepada seseorang.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Memang wujud ya manusia bangang macam ni, aku tak tau la diaorang sebenarnya ada masalah mental apa" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 907.4K views, 5K retweets, 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Difahamkan, lelaki itu telah ditangkap. Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!