seismik

Rakaman Video Tesla Berlanggar Dengan Proton Saga Atas Jalan Raya Ini Jadi Perhatian Ramai

Bahaya betul, sampai terkeluar landasan.

Cover image via @marcotlk (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman kini, banyak produk dan teknologi semakin canggih dikeluarkan di pasaran

Perkara itu termasuklah kenderaan, ada jenis kenderaan kini yang hanya menggunakan bateri sebagai enjin. Ada juga yang siap boleh navigate kereta anda dengan automatik. Salah satu jenama kenderaan canggih terkenal ialah Tesla. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kemalangan antara kereta Tesla dan Proton Saga telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@marcotlk

Accident involved a Tesla and Proton Saga, please drive safe #Tesla #Proton #Saga

original sound - Marco Tan145 - Marcolicious

Dua kereta berlanggar sampai terkeluar landasan

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan sebuah insiden kemalangan yang dirakam menggunakan dashcam.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebuah kereta Tesla yang berada di depannya berlanggar dengan kereta Proton Saga di sebelahnya. Kereta Proton Saga itu dilihat terbabas sehingga terkeluar landasan sehingga melanggar pembahagi jalan.

Difahamkan, kereta Proton Saga itu memakan jalan sehingga Tesla berlanggar seperti dalam video itu.  

"Menunjukkan tesla autopilot belum bersedia untuk trafik malaysia lagi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 425K tontonan, 28K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sampai macam tu sekali ya, risau dah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: