seismik

[VIDEO] Budak Syok Sangat Main Bunga Api Sampai Rambut Hangit Terbakar Ini Undang Tawa

Dia punya pusing tu, baju pun boleh terbakar.

Cover image via @syamerrkun (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Musim perayaan ini sudah tentu budak-budak lebih teruja kerana suasana lebih meriah

Iyalah, musim raya saja mereka boleh bermain dengan bunga api dan melihat mercun yang cantik. Namun, perlulah diawasi oleh ibu atau ayah kerana bahaya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil seronok main bunga api sehinggakan rambutnya terbakar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu dibawah: 

Syok pusingkan bunga api sampai tak ingat dunia, lain pula kesudahannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang bermain bunga api sambil diperhatikan keluarganya di depan rumah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat seronok sangat bermain bunga api sehingga dipusing-pusingkan. Lebih melucukan lagi adalah apabila pak ciknya mendapati bahawa rambutnya hangit kerana terkena percikan bunga api.

"Gelak kau bang, emotional damage budak tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 561K tontonan, 77K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, kenapa boleh sampai macam tu? Pak su dia pun satu, suka sakat dia!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: