"Hadiah Paling Bermakna" - Ibu Berikan Album Gambar Dari Kecil Sebagai Hadiah Konvokesyen
Mata masuk habuk.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila tiba musim konvokesyen, sangat sinonim dengan pemberian hadiah pada graduan
Antaranya adalah belon ucapan tahniah, bunga dan banyak lagi. Ia sebagai kenangan buat mereka yang berjaya menghabiskan pembelajaran mereka.
Namun, lain pula hadiah 'rare' yang diterima oleh seorang pemuda ini apabila dia berkongsi hadiah pemberian daripada ibunya yang buatnya terharu.
Ibu hadiahkan album papar gambar sepanjang perjalanan hidup
Menerusi video di TikTok @nazirul.hehe, pemuda berkenaan memberitahu bahawa dia baru sahaja menamatkan pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Seperti graduan yang lain, kebiasaannya mereka dihadiahkan sejambak bunga sempena hari konvokesyen.
Namun, pemuda yang dikenali dengan Nazirul ini berkongsi hadiah yang diterima daripada ibunya bukanlah sejambak bunga tetapi sebuah album gambar.
Di dalam album tersebut ia memaparkan gambar-gambar perjalanan pemuda itu daripada kecil sehinggalah besar. Perkara tersebut membuatkan dia terharu melihatnya.
"Hadiah konvokesyen yang tiada nilai tandingnya," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!