Hakim Danish Cipta Sejarah & Kejutan Di GP Czech Juarai Moto3 – “Malaysia Mendonia”

Kali terakhir kemenangan dicapai adalah menerusi Khairul Idham Pawi pada musim 2016.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hakim Danish (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menamatkan kemarau kemenangan 10 tahun Malaysia apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno semalam

Menerusi laporan Berita Harian, kemenangan sulung ini disifatkan lebih istimewa apabila Hakim Danish dilihat berjaya bangkit daripada hukuman yang diterimanya selepas sesi kelayakan.

Pelumba negara itu pada awalnya meraih petak kedua untuk perlumbaan selepas mempamerkan kelajuan kompetitif sepanjang hujung minggu di Brno.

Namun, penalti dikenakan kerana jenteranya didapati diperlahankan di salah satu sektor ketika sesi kelayakan kedua (Q2), menyebabkan beliau terpaksa bermula dari petak ke-14.

SAYS.com
Image via motogp

Hakim Danish tetap tampil dengan aksi agresif dan penuh keyakinan sepanjang perlumbaan sebelum muncul sebagai pemenang

Pelumba remaja tersebut berjaya memintas seorang demi seorang pencabar sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan pertama dengan catatan masa 33 minit 34.26 saat.

Pelumba Sepanyol, Brian Uriarte menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan ketinggalan 0.466 saat, manakala rakan senegaranya, Marco Quiles melengkapkan podium di kedudukan ketiga dengan jarak 0.629 saat di belakang Hakim Danish.

Kemenangan terbabit merekodkan berakhirnya kemarau panjang Malaysia dalam saingan Moto3 sejak kali terakhir dicapai Khairul Idham Pawi pada musim 2016.

Untuk rekod, Khairul Idham pernah bergelar juara GP Argentina dan Jerman dalam kelas Moto3 pada musim berkenaan, sebelum rekod kejayaan itu ditambah Hakim Danish semalam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS