Guru Palestin Ini Telah Dinobat Guru Terbaik Dunia 2016 Walaupun Hidup Derita Sejak Kecil
Tahniah cikgu Hanan!
"Kita, guru boleh mengubah dunia."
Begitulah kata-kata yang diucapkan Hanan Al Hroub, guru wanita Palestin yang berjaya merangkul Anugerah Guru Global 2016. Anugerah itu dianjurkan oleh Yayasan Varkey dalam satu majlis sempena Forum Pendidikan dan Kemahiran Global 2016 yang berlangsung di Atlantis The Palm, Dubai, UAE.
Hanan yang mengajar di sekolah rendah di Tebing Barat mengalahkan sembilan guru dari negara lain, antaranya dari India, Finland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Kenya.
utusan.com.myHanan dalam ucapannya mengatakan kemenangan beliau adalah 'kemenangan kepada seluruh guru di seluruh dunia dan di Palestin'
"Percayakan diri sendiri, perbaiki diri, yakinkan diri dan cabar dunia ini," kata Hanan.
Hanan menjadi seorang guru selepas anak lelaki dan suaminya ditembak semasa pulang dari sekolah, suatu ketika dahulu.
"Tiada guru yang membantu kami dari segi emosi. Jadi saya sendiri kena uruskan," jelas Hanan.
Beliau yang dibesarkan di kem pelarian itu mula menceburi bidang pendidikan selepas melihat sendiri bagaimana anak-anaknya takut ke sekolah kerana pergolakan yang melanda negara Palestin
Menurutnya, dia berimpian untuk mendidik warga Palestin untuk terus cemerlang dalam hidup dan tidak mahu ketakutan menjadi penghalang untuk anak-anak Palestin mendapat pendidikan demi masa depan mereka.
Hanan mula mengajar secara 'kecil-kecilan' dengan membuat permainan dan menghiburkan kanak-kanak Palestin dan mengajar mereka supaya menjauhi kekerasan.
sinarharian.com.myKemenangan itu membolehkan Hanan membawa pulang hadiah wang AS$1 juta (RM 4.1 juta) dan sebuah trofi kemenangan
Trofi kemenangan disampaikan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Emiriah Arab Bersatu, UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum.
The Guardian melaporkan Hanan bercadang menggunakan wang itu untuk menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sekali gus membantu menaik taraf sistem pendidikan.
astroawani.com"Saya juga memberitahu guru lain, iaitu kerja kami bersifat perikemanusiaan. Tidak kisah di Palestin atau tempat lain di seluruh dunia, guru harus ajar bahawa ilmu adalah sebenar-benar senjata," akhiri Hanan.
sinarharian.com.myInginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!