Hanis Zalikha Kongsi 8 Tips Paling Efektif Untuk Hadapi ‘Morning Sickness’ Yang Teruk
Hanis Zalikha telah melahirkan anaknya yang kedua pada Mei 2019.
Semua wanita ingin melalui pengalaman mengandung.
Bermula dari saat mengetahui diri berbadan dua, melalui perubahan hormon, perut membesar, pergerakan aktif bayi, tendangan kecil sehinggalah saat melahirkan.
Walau bagaimanapun, tidak semua wanita melalui proses kehamilan yang sama.
Dipercayai sekurang-kurangnya 60 peratus daripada wanita hamil akan mengalami simptom mabuk hamil atau morning sickness seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu.
Menurut Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr. Nurhazinat Mohamed Yunus, setiap wanita hamil mempunyai tahap keterukan mabuk hamil yang berbeza.
“Ada yang langsung tidak mengalami mabuk hamil ketika usia kandungan enam atau tujuh minggu. Itu normal kerana mabuk hamil jarang berlaku pada peringkat awal. Ia mungkin hadir sekitar lapan ke sembilan minggu dengan rasa loya, mual, hilang selera makan dan kerap muntah.
“Bagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami mabuk hamil paling teruk. Keadaan ini dipanggil gravidarum hiperemesis (loya dan muntah yang teruk semasa hamil trimester pertama sehingga mengakibatkan asidosis iaitu keadaan asid darah yang kurang daripada pH 7.3, dehidrasi dan susut berat badan). Mereka mungkin bermula dengan kehamilan yang tenang, tetapi berubah selepas beberapa minggu,” katanya.
Personaliti dan usahawan terkenal, Hanis Zalikha telah berkongsikan pengalamannya mengandungkan anak yang kedua bersama suami, Hairul Azreen
Hanis yang kini berada di negara Jepun turut sama mengalami masalah mabuk hamil yang teruk sehinggakan adakalanya memuntahkan asid perut sahaja. Alahan yang sama telah dialaminya ketika dia mengandungkan anak pertama, Yusuf Iskandar.
Namun begitu, bagi memastikan janin yang dikandungkannya sentiasa kuat, Hanis telah berkongsikan beberapa tips yang telah diamalkannya semasa mengandungkan Yusuf.
Perkongsian yang dibuat menerusi laman Instagram itu telah mendapat jumlah Like lebih 200 ribu sangat sesuai diamalkan oleh ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah mabuk hamil teruk sama sepertinya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tahu gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya dan muntah-muntah) waktu pregnant, insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah-muntah. Omg help.
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9 bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.
1. Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat.
2. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik.
3. Jaga waktu makan.
4. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah-muntah macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat-zat yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita.
5. Folic acid jangan miss.
6. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat-zat buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
7. Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau. Orang yang tak lalui morning sickness kadang-kadang susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapi morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya-loya ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol.
8. Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah-muntah mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slow sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.