seismik

Boleh Tak Naik Flight Ketika Hamil? Ini ‘Guidelines’ Penting Untuk Ibu Mengandung Tahu

Semoga bermanfaat buat para ibu di luar sana.

Cover image via Imran Idris/Facebook

Buat kaum ibu, pernah atau tidak terdetik di fikiran anda sama ada bolehkah anda menaiki kapal terbang sekiranya sedang hamil?

Mungkin ini menjadi isu buat sesetengah individu kerana kebanyakan airlines meminta surat kebenaran daripada doktor sekiranya kandungan anda telah mencecah tempoh-tempoh tertentu.


Image via profhariz.com

Jadi, buat para ibu di luar sana, perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Imran Idris ini pastinya dapat membantu anda!

Bolehkah naik flight jika saya Hamil?
Baca Rules dari Airlines di Malaysia.

Untuk trip ke Turkey dan Greece yang lalu saya dan wife perlu naiki 5 syarikat penerbangan yang berbeza iaitu Air Asia ( PEN – KUL ), Qatar Airways ( KUL – Doha – Sabiha Gokcen, Turkey), Pegasus Airline ( Sabiha Gokcen – Denizli) , Aegean Airline ( Izmir – Athens) & Ryan Air ( Santorini – Athens) dan return Aegean Airline ( Athens – Istanbul ), Qatar Airways ( Sabiha Gokcen – Doha – KUL) & Air Asia ( KUL –PEN)

Ketika masa penerbangan kali ni, wife dah masuk 28 minggu jadi kebanyakkan syarikat penerbangan memerlukan sijil atau surat doktor.

Surat doktor itu mesti menyatakan tarikh jangka bersalin (EDD) dan mengesahkan bahawa si ibu tiada komplikasi dalam kehamilan dan sihat (fit) untuk terbang.

Sila buat semakan dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu kerana mungkin ada polisi yang berbeza antara sesebuah syarikat penerbangan walaupun secara amnya ia lebih kurang sama je iaitu memerlukan surat doctor dan minggu ke 36 adalah minggu terakhir dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Di sini saya kongsikan beberapa terms & condition untuk (Single Pregnancy without Complication) sahaja bagi syarikat penerbangan yang kami gunakan semasa trip ke Turkey dan Greece serta lain lain syarikat penerbangan yang utama yang berlepas dari Malaysia.

✈️AIRASIA

Minggu ke 27 : Wajib sign Limited Liability Statement semasa waktu check-in.

Minggu ke 28-34 : Wajib sign Limited Liability Statement semasa waktu check-in. Wajib ada surat doktor. Wajib ada surat bilangan minggu kehamilan dari doktor.

Minggu ke 35 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️QATAR AIRLINES

Minggu ke 28 : Disyorkan untuk ada surat doktor. Tak Perlu isi borang (MEDIF)

Minggu ke 29 - 32 : Wajib ada surat doktor. Tak Perlu isi borang (MEDIF)

Minggu ke 33 - 35 : Wajib ada surat doktor. Wajib isi borang (MEDIF)

Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.
* Medical Information Form (MEDIF) boleh download dari website

✈️AEGEAN AIRLINES

Minggu ke 36 : Hingga minggu ini tak perlu surat doktor. Perlu isi borang (MEDIF).

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

Syor Khas : Jika sudah Minggu ke 28 di syorkan untuk bawa catatan perubatan oleh doktor Ginekologi yang menyatakan bahawa kandungan tiada komplikasi, due date dan declaration yang menyatakan tiada halangan untuk terbang.

* Medical Information Form (MEDIF) boleh download dari website

✈️PEGASUS AIRLINES

Minggu ke 36 : Hingga minggu ini tak perlu surat doktor. Di syorkan bawa bersama maklumat kehamilan.

Minggu terakhir dari minggu ke 36 - tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️RYANAIR

Minggu ke 28 : Wajib isi borang ‘Fit To Fly’ @ MEDIF yang perlu di isi oleh doktor.

Minggu ke 36 : Minggu terakhir dari minggu ke 36 - tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️MALAYSIA AIRLINES

Sekiranya anda melakukan perjalanan ketika hamil wajib ade surat doktor.

Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️FIREFLY

Minggu ke 36 dan ke bawah : dikehendaki mengisytiharkan kehamilan mereka dan melengkapkan dan menandatangani Borang Keluaran dan Indemniti.

Minggu ke 37 ke atas : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️MALINDO

Minggu ke 27 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan pengangkutan.

Minggu ke 28 – 35 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan pengangkutan dan Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 35 ke atas : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️ETIHAD

Minggu ke 28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Minggu 29 - 36 : Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️EMIRATES

Minggu 29 hingga minggu 36 : Wajib ada surat doktor. Boleh download medical certificate standard dari web Emirates.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️KLM

Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT & tidak menggalakkan terbang semasa minggu pertama selepas delivered dan untuk bayi anda juga.

✈️CATHAY PACIFIC

Minggu ke 28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib ada surat doktor.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️SINGAPORE AIRLINES

Minggu ke 28 dan ke bawah : Tiada diperlukan. Walau bagaimanapun, sijil perubatan mesti dikemukakan untuk penerbangan pulang jika ia dijadualkan melebihi minggu ke-28 kehamilan anda.

Minggu ke 29 hingga 36 : Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️JETSTAR

Minggu ke 28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 36 : Boleh bagi penerbangan lebih dari 4jam.

Minggu ke 40 : Boleh bagi penerbangan kurang dari 4jam.

✈️BRITISH AIRWAYS

Minggu ke 28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️TURKISH AIRLINES

Minggu ke 28-35 : Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️VIETNAM AIRLINES

Minggu ke 32 : Sehingga minggu ini dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Minggu ke 32 ke minggu ke 36 : Perlu isi borang (MEDIF). 

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️OMAN AIR

Minggu ke 28 dan minggu ke 36 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib isi borang ‘Fit To Travel’ yang perlu di isi oleh doktor. Boleh download borang dari web.

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️SAUDI AIRLINES

Minggu ke 32 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat dan hingga minggu ini tak perlu surat doktor.

Minggu ke 32 ke atas : Wajib ada surat doktor dan perlu isi borang (MEDIF). 

Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️ROYAL BRUNEI

Minggu ke 28 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat dan hingga minggu ini tak perlu surat doktor.

Minggu ke 28 – 36 : Wajib ada surat doktor. 

Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

✈️ROYAL JORDAN

Minggu ke 30 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.

Minggu ke 34 dan ke atas : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

Kesimpulannya selamat atau tidak menaiki kapal terbang bergantung pada tahap kita sendiri. Jadi, jangan ambil mudah dan melanggar syarat tersebut demi kesihatan kita & bayi yang dikandung.

Secara peribadi saya nasihatkan rancanglah sebaik mungkin untuk melancong sebelum minggu 28 atau berehat je di rumah terutama di hujung kehamilan. Alhamdulillah kami bertiga selamat pulang ke Malaysia.

PENAFIAN : Semua maklumat diatas adalah berdasarkan pembacaan serta kefahaman dari website airline tersebut. Jika ada sebarang perubahan ianya tertakluk kepada Airlines tersebut. Pastikan korang semak dulu sebelum fly atau buat tempah okey.

Meran JR Coming Soon!
Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah swt.

Sumber: Imran Idris

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah tahu tentang ini?

You may be interested in: