seismik

Hannan Medispa Tawar Pakej Rawatan Kecantikan Wajah Serendah RM59 Sempena Hari Ibu & Guru

"Now everyone can cantik" - Hannan Medispa.

Cover image via Hannan Medispa Melawati (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, penjagaan kulit muka memang penting dan memerlukan banyak langkah

Bukan apa, kadang kala ada juga yang dah mencuba bermacam-macam cara, tetapi muka masih juga tak bersih dan senang breakout. Ada yang sampai nak putus asa sebab jaga kulit.

Sebagai pengguna yang bijak, anda seharusnya lebih peka tentang maklumat yang perlu diketahui sebelum memilih sesuatu servis kecantikan dan penjagaan kulit muka ini.

Oleh itu, jalan yang lebih selamat adalah dengan memilih servis kecantikan dan penjagaan kulit muka daripada jenama tempatan.

Anda juga patut berbangga apabila menggunakan produk tempatan ini kerana kebanyakannya adalah halal dan boleh digunakan tanpa was-was.

Antara salah satunya adalah jenama tempatan daripada Hannan Medispa, beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal ini sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia dengan jumlah keseluruhan 1,500 kakitangan. Malah hingga kini jenama berkenaan mempunyai lebih tiga juta pelanggan.

Pengasas Hannan Mediaspa dan juga doktor perubatan, Dr Hannan Yusof bergambar di depan kilang penjagaan kulit jenamanya sendiri yang terletak di Muar, Johor.

Image via Hannan Medispa Melawati (Facebook)

Hannan Medispa kini menawarkan pakej rawatan kecantikan wajah daripada RM59 sepanjang Mei ini

Sempena menghargai segala jasa para ibu mahupun guru tercinta, Hannan Medispa kini menghadiahkan pakej promo rawatan kecantikan wajah pada harga hanya RM59 sepanjang Mei ini.

Menurut salah seorang Pengurus Kanan Hannan Medispa, Wan Rushafieza Wan Hassan, pakej promo rawatan kecantikan wajah itu adalah termasuk dimulakan dengan face scan dan consultation diikuti prosedur cleasing, steam, dermabrasion, led mask, moisturiser serta sunscreen.

Face scan akan dijalankan terlebih dahulu kepada pelanggan dengan menggunakan mesin khas untuk imbasan wajah.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Antara prosedur yang dijalankan termasuklah dari kiri steam, dermabrasion dan penggunaan led mask.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Tambah Wan Rushafieza, melalui face scan yang dijalankan kepada pelanggan yang datang ke Hannan Medispa, mereka akan mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang mereka hadapi.

"Di Hannan Medispa, kami akan membuat imbasan muka pelanggan terlebih dahulu sebelum menentukan jenis rawatan apa yang bersesuaian dengan muka masing-masing.

"Kebanyakan yang datang kepada kami memang mempunyai masalah muka berjeragat dan kulit muka kusam, jadi selepas face scan ini dilakukan kita akan memberikan nasihat apa yang boleh mereka lakukan," katanya ketika ditemui baru-baru ini di Hannan Medispa Melawati.

Wan Rushafieza (tengah) bergambar bersama-sama dengan staf Hannan Medispa Melawati.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Miliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Dalam pada itu, Hannan Mediaspa satu-satunya spa kecantikan di Malaysia yang memiliki kilang penjagaan kulit sendiri berkeluasan besar yang terletak di Muar, Johor.

Hannan Medispa boleh dianggap sebagai salah satu jenama terkemuka yang merevolusikan industri estetik di Malaysia dengan tumpuan kepada rawatan kecantikan semula jadi terutamanya untuk terapi muka, jerawat dan pigmentasi serta pelangsingan badan.

Syarikat ini juga menawarkan rangkaian produk kecantikan penjagaan kulit, rambut dan rawatan badan di bawah jenama Hannan Cosmetics yang memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara produk yang dikeluarkan oleh Hannan Cosmetics untuk para pelanggannya.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Malah, selepas 11 tahun beroperasi, Hannan Medispa mengukuhkan posisinya dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama SIRIM Bhd, pada bulan Mac tahun lalu.

Pendek kata, produk penjagaan kulit keluaran daripada Hannan Medispa yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya dan lulus tapisan keselamatan SIRIM. Hebat bukan?

Image via Berita Harian

Untuk mommies dan teachers, jangan lupa kunjungi Hannan Medispa berdekatan anda untuk grab tawaran promosi daripada Hannan Medispa sempena hari ibu dan guru ini okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: