[FAKTA] 5 Kebaikan Limau Kasturi Dalam Sudut Kecantikan
Banyak betul manfaat dia!
Limau kasturi merupakan spesies buah sitrus yang banyak digunakan di Asia Tenggara
Buah ini dikenali dengan pelbagai manfaat iaitu mempunyai kandungan antioksidan seperti vitamin C. Bukan sahaja enak menjadi penambah masakan malah ia juga bagus untuk kesihatan serta kecantikan.
Banyak kelebihan yang terdapat dalam buah berkenaan jadi ini adalah antaranya.
1. Penghilang bau badan
Limau kasturi digunakan sebagai bahan untuk menghilangkan bau badan kerana ia berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh yang melampau. Caranya adalah perah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Atau, anda juga boleh gosok limau kasturi yang telah dipotong dua pada kawasan yang berbau seperti ketiak.
2. Bertindak sebagai pencuci rambut & kulit kepala
Limau kasturi dijadikan sebagai pencuci rambut atau kulit kepala. Ia dipercayai mampu mewangikan rambut, mengurangkan kelemumur dan menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Caranya adalah dengan mengambil beberapa biji limau dan hiriskannya. Selepas itu, gosokkan ke seluruh kulit kepala dan biarkannya beberapa minit. Kemudian, bilasnya hingga bersih.
3. Atasi masalah kulit wajah
Limau kasturi merupakan bahan yang amat popular dalam menjaga kulit wajah. Dikatakan, jus limau kasturi yang disapu pada wajah mampu menghilangkan jeragat, menghaluskan kulit dan membantu mengatasi masalah jerawat serta meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Banyak kan manfaat jus limau kasturi ini?
4. Melambatkan proses penuaan
Limau kasturi mengandungi asid ferulic yang merupakan bahan bermanfaat untuk melambatkan proses penuaan dan menghilangkan kedut di kulit wajah agar anda sentiasa kelihatan awet muda.
5. Cerahkan kulit wajah
Limau nipis juga dapat mencerahkan kulit wajah. Caranya adalah buat campuran yogurt dan air limau nipis. Kemudian, sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas sehingga bersih.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!