[TIPS] 5 Cara Untuk Cukur Jambang Supaya Kelihatan Lebih Kemas & Rapi
Senang je kan?
Jambang dan misai merupakan salah satu "aset" penting bagi seorang lelaki
Tidak dinafikan, jambang atau misai telah menjadi trend masa kini kerana gayanya yang dapat menjadikan seseorang lelaki nampak lebih maskulin, menarik, kelakian dan kebijaksanaan.
Iyalah, tengok saja pelakon-pelakon Melayu seperti Remy Ishak, Aeril Zafrel, Fattah Amin dan Bront Palarae. Gaya mereka yang bermisai telah menjadi antara satu ciri tarikan ramai peminat terutama peminat wanita.
Namun, misai dan jambang haruslah dijaga dan diurus dengan baik supaya kelihatan lebih kemas dan cantik. Anda jangan bimbang, terdapat lima cara untuk mencukur jambang atau janggut anda supaya lebih rapi dan kemas.
1. Pilih pisau cukur sesuai
Pilih mesin pencukur sama ada jenis bentuk konvensional ataupun moden yang mempunyai fungsi tersendiri dan tidak mencederakan wajah sehingga mengakibatkan iritasi pada wajah.
2. Guna gel atau krim
Bagi lelaki, anda disarankan supaya bercukur dengan menggunakan krim atau gel yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Ini kerana untuk mengelakkan berlakunya iritasi atau ruam khususnya pada kulit-kulit sensitif sekaligus melicinkan muka ketika proses bercukur.
3. Bilas dengan air suam
Selesai sahaja mencukur, bilas wajah dengan air suam untuk menutup pori-pori, gunakan pelembap untuk mengelakkan kulit wajah daripada kering. Seterusnya, lap dengan tuala yang bersih. Ini akan membuat anda lebih selesa wangi.
4. Cukur ikut arah bulu
Cara bercukur yang betul adalah mengikut arah bulu dan kemudian lawan arah. Ia untuk mengelakkan ruam dan merah-merah pada muka sekaligus melicinkan kawasan wajah. Jangan terburu-buru dan tekan pisau cukur terlalu kuat.
5. Pilih waktu sesuai
Kebiasaannya, waktu yang sesuai untuk bercukur adalah selepas mandi. Ini kerana kulit wajah dalam keadaan lembut dan bersih selepas dicuci menggunakan sabun pembersih pilihan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!