"Happy 94th Birthday, Tun M!" - Suka Watak 'Thor' & 4 Lagi Fakta Menarik Tentang Tun M

94 tahun namun masih gagah mengetuai barisan kerajaan negara buat kali kedua. Salute!

Hari ini, 10 Julai 2019, merupakan hari lahir ke-94 buat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad

Image via fbcdn.net

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, Tun Mahathir yang juga dikenali sebagai Tun M diberikan peluang buat kali kedua untuk mengetuai barisan kerajaan negara.

Walaupun umur beliau sudah mencecah 94 tahun, namun sehingga kini masih tiada petunjuk bahawa beliau akan berhenti bekerja dan berjuang demi negara tercinta.

Syabas, Tun M!

Di bawah kami senaraikan beberapa fakta tentang Tun M yang mungkin tidak semua orang tahu. Comel aje Perdana Menteri kita ni!

1. Tun M sangat sukakan telefon pintar miliknya iaitu iPhone. Tapi beliau masih belum boleh untuk fahami iPhone sepenuhnya.

Sejak Tun M meneruskan perjuangan dan berkempen untuk parti Pakatan Harapan, beliau sering dinampak menggunakan telefon pintarnya, iaitu iPhone 7 Plus untuk mengambil gambar-gambar atau detik bersejarah yang sedang berlaku.

Untuk pengetahuan anda, telefon jenis iPhone 7 Plus ini telah dikeluarkan sekitar tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2016. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia ini masih tidak ada masalah untuk menggunakannya kerana sistem pengendalian telefon tersebut masih dikemaskini oleh Apple.

Menurut beliau, telefon pintar ini jauh lebih mudah untuk beroperasi berbanding Android. Namun, beliau sendiri mengaku bahawa beliau tidak tahu bagaiamana untuk menggunakan telefon itu sepenuhnya walaupun telefon itu miliknya.

"Walaupun saya bayar untuk keseluruhan penggunaan telefon pintar iPhone 7 Plus ini, namun saya sendiri sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan telefon itu sepenuhnya."
Tun M

2. Tun M adalah jenis yang 'Old School'

Image via The Coverage

Tun M ini sebenarnya Old School! Kenapa?

Mana tidaknya, seperti yang kita tahu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sering menggunakan terma 'bossku' untuk mengejek Tun M dan penyokongnya. Namun ianya kini digantikan oleh Tun M dengan terma dan cara yang lebih kelas dan sesuai dengan umurnya.

Tanpa menggunakan apa-apa 'memes', Tun M sebaliknya menulis sajak atau puisi Melayu untuk membalas kembali terma yang diberikan oleh Datuk Seri Najib dan penyokongnya, menurut laporan The Borneo Post.

Simple
, old school dan berbudi bahasa walaupun sudah berumur 94 tahun.

Image via The Borneo Post

3. Tun M peminat tegar kereta dan masih gemar untuk memandu

Tun M yang dilihat sedang memandu kereta jenis Ferrari berwarna merah di Sepang International Circuit bersama Tan Sri Azman Yahya pada 1 Ogos 2018.

Image via theborneopost.com

Walaupun sedang berada di tengah-tengah kontroversi mengenai penentuan untuk kereta kebangsaan yang ketiga, mungkin ramai tidak tahu bahawa Tun M merupakan salah seorang individu yang boleh dipanggil peminat kereta dan begitu gemar untuk memandu sendiri.

Malah, setelah kali kedua bergelar Perdana Menteri Malaysia, beliau masih memandu di sekitar bandar untuk melihat ibu kota. Sejak daripada itu, beliau telah mengambil supercar iaitu Ferrari untuk perjalanan di sekitar litar Sepang.

Tun M turut bercanda bahawa orang yang berumur seperti dirinya tidak lagi mampu untuk memandu kereta secara fizikalnya.

4. Tun M minat filem Avengers. Lebih-lebih lagi watak Thor!

Walaupun jadual kerja beliau begitu padat, Tun M masih sempat meluangkan masa untuk berhimpun bersama adiwira dunia ciptaan Marvel, pasukan The Avengers di Pavilion, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2019 yang lalu.

Ketibaannya bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah telah disambut oleh keseluruhan anggota pasukan Avengers iaitu Thanos, Iron Man dan Captain America. Beliau turut berkata bahawa kemajuan teknologi pembikinan filem itu memang amat mengagumkan, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Kini.

Untuk pengetahuan anda, watak karaktor yang menjadi pilihan dan kesukaan Tun M adalah Thor (big man with big axe katanya). Memang terbaiklah, Tun M!

Image via Gempak.com

“Saya suka yang besar tu, yang pakai kapak. Garang!"
Tun M

5. Tun M kini bekerja lebih keras dan membuatkan Tun Siti Hasmah risau

Image via says.com

Berbanding dengan dirinya sebelum menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, Tun M seolah-olah memerlukan lebih banyak masa untuk mencapai apa yang diingini seumur hidupnya setahun yang lalu. Isteri tercinta juga turut menjelaskan bahawa sebelum ini Tun M akan mula bekerja pada 8am - 5pm, namun waktu tersebut kini telah dinaikkan kepada 8:30am - 6pm setiap hari.

Ada juga hari di mana beliau tertidur di atas sofa sambil menonton saluran berita Al-Jazeera kerana kepenatan. Tun Hasmah turut mengatakan bahawa, sebagai penolong peribadi kepada Tun M, ianya adalah terpulang kepada Tun Hasmah untuk menentukan bahawa suaminya itu akan berehat pada hujung minggu dan hanya menghadiri majlis yang tidak memenatkan dan lebih casual.

Pasangan ini juga turut mengenal pasti tahap keintiman mereka di mana ia merupakan rahsia untuk setiap perkahwinan yang dibina. Tun M juga membuat pengakuan bahawa walaupun Tun Hasmah tidak akan menggangu ketika beliau sedang sibuk bekerja, beliau sebenarnya tidak boleh tahan tanpa Tun Hasmah di sisinya ke manapun beliau pergi.

Apa pun, kami mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-94 buat Tun Dr Mahathir Mohamad!

Image via SAYS Seismik

Semoga Tun M panjang umur dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment