seismik

Healing Another Level, Gelagat Pak Cik Ini Baring Dalam Kuali Masa Banjir Undang Tawa

Santai pak cik.

Cover image via @username2322529_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti ramai yang tahu, Malaysia sekarang berdepan dengan bencana banjir terutama sekali di bahagian pantai timur

Disebabkan itu, ramai yang sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki dilihat bersantai di dalam sebuah kuali semasa banjir telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sedap tidur dalam kuali masa rumah masuk air

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah rumah telah dimasuki air dek kerana banjir yang teruk.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila tuan rumah dilihat sedang baring dengan begitu santai di dalam kuali. Dia juga sempat tidur di dalamnya.

"Terlalu letih dengan banjir dah tiba masanya nak heeling" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai komen mencuit hati selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.1M views, 959.2K likes dan 14K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kesian pak cik dah penat sangat tu, sabar ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: