'Minah' Salleh Ini Kongsi Terus Pasang Bidet Tandas Di Rumah Selepas Lawat Malaysia & Arab
Kan lebih bersih.
Seperti yang kita tahu, di luar negara terutama seperti di negara Eropah, tandas awam mereka agak berbeza dengan negara kita
Hal ini kerana, di negara eropah kebanyakan mereka tidak menggunakan pili air tandas untuk mencuci najis tetapi sebaliknya lebih menggunakan tisu.
Di Malaysia, pili air tandas itu mesti wajib ada kan? Kalau tak rasa tak bersih nak cuci najis kita jika tiada air.
Namun, tular sebuah ciapan di Twitter ini apabila seorang wanita berkongsi keterujaannya memasang pili air tandas di rumah telah mendapat perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Terus pasang di rumah selepas melawat Malaysia dan Arab
Menerusi ciapan tersebut, wanita itu dilihat memuat naik satu foto selepas dia membalas tweetnya.
Dia berkongsi telah mendapat inspirasi untuk mengubah suai tandas rumahnya dengan memasang pili air itu setelah menggunakannya ketika melawat Malaysia dan Mesir sebelum ini.
"Selepas melawat Mesir dan Malaysia saya mempunyai benda ini (pili air) sendiri semasa mengubah suai bilik mandi,” tulisnya.
"So malaysia is well known for it's washroom" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat ciapan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 5,271 retweets, 521 quotes tweets dan 15.1K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!