seismik

"Hitam Pun Boleh Putih" - Hanya Sebab Kata-Kata Ini, Ayat Zulin Aziz Disalah Erti. Alahai!

Mungkin apa yang ingin dikatakan olehnya membawa maksud yang lain.

Cover image via Twitter @iamzulinaziz

Perubahan bentuk fizikal yang semakin cantik dan langsing oleh selebriti bernama Zulin Aziz baru-baru ini telah menjadi bualan ramai

Mana tidaknya, berbeza dengan sebelum ini, berat Zulin kini hanya sebanyak 60 kilogram lebih-lebih lagi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuat kuasakan sejak Mac lalu.

Melihat kepada transformasi positif yang berlaku ke atas pelawak itu, rata-rata pengikut melahirkan rasa kagum malah turut memuji usaha yang dibuat olehnya bagi mendapatkan fizikal sedemikian.

Memetik laporan sebelum ini, Zulin juga mengaku dirinya mengamal sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan selain turut menjaga pemakanannya.

"Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram," katanya.

Terbaru semalam di Twitter, Zulin kemudiannya memberikan kata-kata semangat kepada masyarakat yang mungkin kurang keyakinan diri disebabkan rupa paras yang dimiliki

Kata Zulin, kunci utama untuk setiap daripada kita adalah dengan menyayangi diri sendiri dan tidak boleh henti berusaha.

Untuk lihat perkongsian penuh beliau, teruskan membaca di bawah:

Perkongsian yang dibuat oleh Zulin itu bagaimanapun telah mengundang rasa kurang senang segelintir netizen

Gara-gara ayat "hitam pun boleh putih" yang dibuat olehnya di tweet pertama pada bebenang ini, Zulin telah dikecam oleh warga Twitter yang tidak bersetuju dengan kata-kata itu.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Ada dalam kalangan netizen ini meluahkan rasa kurang setuju dengan perkara tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu 'budaya' yang salah.

Malah, mereka juga turut mengharapkan agar 'budaya' yang seolah-olah menganggap 'putih itu cantik' dihentikan kerana setiap daripada kita boleh kelihatan cantik walau apa pun warna kulit yang dimiliki.

Melihat kepada respon negatif yang diberikan netizen itu, Zulin bagaimanapun tidak hanya berdiam diri dan menjelaskan 'niatnya' yang sebenar

Jelas Zulin, kita sememangnya tidak boleh mengubah warna kulit namun kita perlu belajar menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. Katanya dengan berbuat demikian, barulah diri tidak akan berasa tergugat dan terlalu merendah diri.

Walau apa pun, kita cuba ambil keseluruhan perkongsian beliau ini dari sudut yang positif ok!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel di sini:

You may be interested in: