Nak Kurus Tahun 2020 Nanti? Jadikan 6 Kisah ‘Weight Loss’ Ni Sebagai Inspirasi. Good Luck!
Semoga anda semua dapat mencapai bentuk badan ideal!
Tahun 2019 menyaksikan bagaimana ramai orang berjaya mendapatkan bentuk badan ideal yang diimpikan
Semakin ramai yang sedar betapa pentingnya menjaga pemakanan dan menjaga berat badan. Sebab itulah kita sering melihat netizen berkongsikan tips diet mereka di media sosial.
Bagaimanapun, kita kena ingat bahawa lain orang lain cara dietnya. Ada yang berjaya mendapatkan bentuk badan ideal dalam masa yang singkat namun ada juga sebaliknya.
Oleh itu, jom kita imbas kisah-kisah diet tahun ini yang boleh memberi inspirasi untuk tahun 2020 nanti.
1. Gadis ini turun 13kg dalam masa 3 minggu guna diet Atkins
Gadis yang dikenali sebagai Sophie Talib ini pernah mencapai berat 63-65kg pada tahun 2016 lalu. Seringkali diejek loner kerana tidak mempunyai teman lelaki membuatkan dia nekad ingin berubah.
Perkenalannya dengan diet Atkins nyata mengubah hidupnya. Daripada sebelum ini asyik 'diet pasang surut' hinggalah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa 3 minggu.
Nak tahu tips penuh? Baca sini.
2. Lelaki ini berjaya turunkan 10kg dalam masa sebulan guna kaedah eat clean
Pemilik nama, Zack Zakirin menggunakan teknik eat clean dan berjaya menurunkan berat badannya dari 75kg kepada 65kg dalam tempoh masa sebulan.
Selain itu, dia juga turut berkongsi diet yang diamalkannya di mana dia tidak 'menyentuh' langsung makanan berminyak, makanan segera, berlemak dan sewaktu dengannya.
Nak tahu tips penuh? Baca sini.
3. Wanita ini berjaya turun 14kg tanpa sebarang diet dan hanya ikuti cara tersendiri
Saat semua orang berlumba-lumba cuba tips diet, berbeza pula dengan wanita Ameera Ramly yang mempunyai tipsnya yang tersendiri untuk menurunkan berat badan.
Menerusi perkongsiannya, dia tidak mengikuti sebarang diet tertentu tetapi hanya makan berat untuk sarapan pagi seperti nasi dan juga lauk manakala untuk makan tengahari, dia hanya makan buah-buahan dan tidak makan malam.
Nak tahu tips penuh? Baca sini.
4. Ada juga yang menggunakan bulan Ramadan untuk berdiet seperti gadis ini
Siapa kata kita tak boleh berdiet di bulan Ramadan kan? Gadis ini, Wani berkongsi tips bagaimana dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10kg semasa berdiet di bulan tersebut.
Menerusi tipsnya, dia berkongsi makanan yang diambilnya semasa sahur dan juga buka puasa.
Nak tahu tips penuh? Baca sini.
5. Ada juga yang berjaya menurunkan 30kg dalam masa 3 bulan tanpa khidmat trainer
Cuti semester selama tiga bulan digunakan dengan sebaiknya apabila pemuda ini berjaya menurunkan sebanyak 30kg iaitu daripada 90kg kepada 59kg.
Mula mendapat inspirasi apabila menonton rancangan realiti, The Biggest Loser membuatkan dia berkobar-kobar untuk menurunkan berat badannya. Namun begitu, dia mempunyai cara tersendiri untuk berdiet tanpa menggunakan khidmat pakar.
Nak tahu kisah penuh? Baca sini.
6. Wanita ini turun 6kg dalam masa seminggu menggunakan General Motors Diet (GMD)
Apa itu GMD? Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Menerusi program tersebut, wanita yang dikenali sebagai Shienasan Abdullah ini berjaya menurunkan 6kg dalam tempoh 7 hari!
Nak tahu lebih lanjut? Baca sini.
Macam-macam tips yang boleh kita jumpa sekarang untuk menurunkan berat badan. Apa-apapun, dalam pada kita berdiet itu, jaga juga kesihatan ya!