seismik

Lebih 5k 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi Tips Turun Berat Dari 80kg Ke 69kg. Berbeza Sangat!

Nak try?

Cover image via Twitter @megatdanilio_

Banyak tips kurus di media sosial, tapi susahnya nak ikut. Lagi-lagi yang jenis suka makan, susahnya nak berpantang. Hmmm...

Image via Giphy

Ya, betul. Nak turunkan berat badan sememangnya bukanlah perkara yang mudah. Anda memerlukan keyakinan, semangat dan motivasi yang cukup tinggi untuk meraih hasil seperti diingini. Sebab itulah setiap hari anda perlu memikirkan apa perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan impian anda sebuah realiti.

Bukan hanya bermimpi di siang hari ya.

Seorang lelaki turut berkongsikan tips menarik yang dipraktik untuk turunkan berat sebanyak 11kg. Nampak macam susah, tapi sebenarnya anda juga boleh melakukannya.

Pada permulaannya, lelaki ini yang menggunakan nama @megatdanilio_ di laman Twitter memuat naik status di mana dia akan berkongsi tips kurus jika dia mendapat lebih dari 7 retweets.

Ternyata, tweet tersebut telah berjaya meraih sebanyak 5.1k retweets dan 7.7k likes ketika artikel ini ditulis. Baca tips penuh di bawah:

Apakah diet yang diamalkan olehnya?

- Makan nasi 1/4 pinggan sahaja sehari skali
- Lagi 3/4 ambik lauk sayur, protein, kurangkan minyak, kurangkan makanan gula
- Air manis kurangkan. Kalau boleh cut terus
- Jgn makan lewat malam
- Junk food mcm mcd tu kalau boleh 1x per week
- Makanan ringan seperti maggi, twisties, semua jangan

Apakah pula senaman yang dilakukan sepanjang tempoh diet ini?

- Exercise pun kena okey guys. Diet ja tak cukup
- Cardio at least 4 times a week
- Kalau yg jenis nk build muscle takleh more cardio nnt muscle kecut
- Drink more plain water
- No sweet

Diet is more important than workout. 70% diet 30% workout/ exercise. Trust me if hampa passionate dgn apa yg hmpa nak. You will achieve what do you want okey?

Ini merupakan perbezaan perut sebelum dan selepas melakukan diet ini:

Oh ya, sebelum itu, dia turut berkongsi cara-cara untuk anda mengira BMI badan masing-masing. Lihat pengiraan dengan cara yang betul di bawah:

Nak kira bmi mcmni:
BMI = Weights/height in meters2

Example berat saya 69kg and tinggi 180cm
So, 69kg/1.8x1.8=21.29

Hasilnya memang kurang nampak dari dalam gambar. Mungkin depan-depan akan lebih jelas.

Paling terbaik, ada juga yang mengikuti tips turun berat yang diamalkan oleh lelaki ini dan ianya terbukti berkesan. Terbaiklah!

If there's a will, there's a way :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian turun berat badan yang lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: