seismik

"Eat Clean" - Lelaki Ini Dedah Cara Turun Berat Hampir 10kg Dalam Masa Sebulan Lebih. Wah!

10kg bukan sikit ya. Betul-betul disiplin abang ni!

Cover image via Twitter @ZackZakirin13

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menurunkan berat badan. Ada yang jenis diet tanpa berpantang, ada juga jenis yang berpantang sehabis boleh. Ikut cara dan timeline masing-masing.

Gambar sekadar hiasan

Image via AAMEDA

Paling bagus jika anda mampu untuk melakukan diet seimbang. Banyak faedah yang boleh anda peroleh dengan diet seimbang ini. Antaranya anda boleh menggalakkan kesihatan sel, kesihatan mata, kesihatan jantung, kesihatan tulang dan sendi dan juga kesihatan otak.

Tambahan pula, keperluan yang ada pada makanan yang berkhasiat dan diet seimbang diperlukan oleh setiap orang sejak lahir sehingga meningkat dewasa. Lebih-lebih lagi ketika dewasa ini, anda akan mengalami kekurangan sesetengah mineral atau garam galian.

Contohnya, sodium dan kalsium dalam tubuh badan. Sebab itulah anda memerlukan makanan yang berasaskan protein, karbohidrat, serat, kalsium dan juga minum lebih banyak cecair untuk memastikan kesihatan terjamin dan mencergaskan lagi tenaga.

Gambar sekadar hiasan

Image via NHS

Diet, diet juga. Air mineral pun kena minum secukupnya ya!

Penatlah diet tapi tak kurus-kurus juga. Macam mana ni?!

Jika anda mempunyai masalah sukar turun berat badan, boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Zack Zakirin tentang cara dia 'pupuskan' hampir 10kg dalam masa sebulan lebih sahaja.

Image via Reaction GIFs

Kau biar betul hampir 10kg dalam masa sebulan lebih je?

Ya, betul. Memang sukar untuk dipercayai tapi bila tengok hasilnya. Memang betul dan cara ini mampu untuk membakar semangat anda untuk terus mencuba mendapatkan hasil yang memuaskan. Macam Zack ni!

Perkongsian yang ditulis di laman Twitter miliknya itu telah meraih lebih 9 ribu retweets dan 12 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Dari 75kg kepada 65kg dengan menggunakan cara 'Eat Clean' je. Yang paling penting, mulakan dengan gaya hidup sihat!

Power beb!

Apa sebenarnya terma 'Eat Clean' yang diamalkan ini? Jika anda ingin tahu, boleh ikuti menu yang disediakan di bawah:

Untuk anda yang ingin mula berjinak dengan cara pemakanan 'Eat Clean' ini, boleh perlahan-lahan cuba dengan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil

Itu bab makan, bab motivasi yang menaikkan lagi semangat untuk diet pula bagaimana? Penting ni!

Bila sampai waktu untuk bersenam, pemilihan playlist yang sesuai juga memainkan peranan.

Barulah lebih efektif! Jangan pula pilih lagu yang sendu je...

Kalau anda ingin mencuba cara diet ini, boleh mula dengan mendisiplinkan diri terlebih dahulu. Lepas itu baru mula perlahan-lahan. Pasti boleh!

Hasilnya memang begitu memuaskan. Tak sia-sia usaha praktik 'Eat Clean' selama ni. Wah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain tentang topik DIET hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: